P R O L O G

9.3K 379 32
                                    

Tinta 1, Jun 2015

Salam sayang wahai yang dirindu.
Mungkin kita tak pernah bersua apatah lagi bertemu,
Cukuplah engkau tahu bahawa detak nadi ini sentiasa mengukir namamu.

-Dia 

Tinta 2, Ogos 2015

Salam sayang wahai yang dirindu.
Cinta dalam sebait kata,
Semua tak seperti yang diharapkan.
Cinta hanya ada dalam mimpi.
Cinta hanya ada dalam hati.
Cinta hanya terungkap dari tulisan ini
Aku harap kau mengerti.
Secebis perasaan yang kini membuai diri.

-Dia

Tinta 3, Oktober 2015

Salam sayang wahai yang dirindu.
Sayangku,
Aku pernah berbual malam dengan sang rembulan.
Padaku dikhabarkan tentang matahari.
Padanya aku khabarkan
Wahai rembulan,
jenguklah kekasihku.
Beritahu padanya,
Hatiku sedang sarat menanggung rindu.
Walau hanya dari jauh.

-Dia

Tinta 4, Disember 2015

Kadang kau perlu meneladani matahari,
ia cinta pada bumi,
Tapi ia cukup mengerti,
bahawa mendekat pada kekasih justeru membinasakan.

-Dia

-Dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.













TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now