BAB 16 🌸

3.6K 273 70
                                    

"Assalamualaikum..."

Baru nak masuk, tapi tak jadi. Weh, apahal gelap sangat ni? Ahmad main lampu sampai blackout lagi ke? Kalau betul, memang nak kena budak bertuah tu! Siaplah! Tak lama kemudian, mata aku ditutup!

Siapa pula yang main tutup-tutup mata ni? Wargh! Bulu roma aku dah tercacak naik. Rasa nak terkencing pun ada. Agak-agak hantu ke pencuri? Kaki aku tak berani nak bergerak. Nanti dibuatnya kena tembak, tak ke haru! Perompak zaman sekarang canggih tau!

Seminit.

Dua minit.

Otak dah berkira-kira nak menyerang. Lama sangat, tak ada jadi apa-apa pun. Atau... yang tutup mata aku bukan makhluk biasa? Jin ke? Eh, tapi sejak bila BTS rajin bebenor nak singgah rumah rakyat marhaen ni? Tengah buat kempen ke apa?

"Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu..." Dari jauh, aku dapat mendengar suara Kak Tim. Kain yang sedari tadi menutup mata aku juga dibuka. Spontan mulutku ternganga luas. Sumpah la weh?

Kak Tim dah bawa kek penuh dengan lilin. Ibu pegang sejambak bunga ros. Ayah pegang kotak hadiah. Abang Zul bawa bantal buaya. Ahmad dengan Akhyar sibuk tabur gula-gula dekat lantai.

Huh, hari ini birthday aku ke?

"Allah selamatkan Tuan Salahuddin Muzaffar Shah Al-Din bin Tuan Muhammad Alam
Shah Al-Din."

Ceh! Birthday Muz rupanya.

Kenapa tak sebut nama pendek saja? Nama dia panjang-panjang itu pun orang panggil seketul saja. Tergaru-garu aku sendiri. Memang respect la orang yang menghafal nama panjang dia ini.

Birthday orang lain tapi aku yang ditutupkan mata. Tersilap orang ke apa? Haha. Boleh pula. Tergelak aku dengan andaian sendiri.

Muz yang berada tak jauh dariku tersenyum sampai telinga. Eleh, sukalah tu! Family aku pun tak pernah buat macam ini dekat aku. Eh, sekejap. Apahal family aku yang sibuk-sibuk sambut birthday mamat ini ek?

"Yeay!" Semua bersorak sambil tepuk tangan apabila Muz selesai meniup lilin. Aku perhati saja dari jauh. Ish, dia orang memang tak perasankan aku ke? Fokus dah beralih pada Muz nampaknya. Aku berpeluk tubuh sambil membuang pandang ke tempat lain. Menyampah!

Tak tahu ke aku yang penat-penat bawa mamat sengal itu balik, aku yang terpaksa layan perangai dia yang menyakitkan hati, aku jugalah yang tumpangkan naik kereta aku yang tak habis bayar lagi, aku jugalah yang... bla bla bla. Habis semua benda aku ungkit. Yalah, fikir aku ikhlas ke?

"Dah kenapa muka cemberut tu? Nah, makan." Pinggan kek dihulur. Argh... mamat ni lagi! Rasa nak hantuk kepala kuat-kuat dekat pintu.

"Saya tak fahamlah. Kenapa family saya yang sibuk-sibuk adakan surprise birthday untuk awak ni? Kenapa buat dekat sini? Kenapa tak buat dekat rumah awak? Kenapa tak family awak sendiri yang buat?" Ambil kau! Semua yang aku tak puas hati aku luahkan.

"Makan dulu. Nanti-nantilah saya cerita." Dia tetap setia menghulurkan pinggan.

"Nope! I won't until you tell me everything." Perkataan terakhir aku tekankan. Pinggan itu langsung aku tak pandang.

Muz menarik nafas dalam. Pinggan kek diletakkan kembali di atas meja tak jauh dari tempat kami berdiri. Kemudian, dia datang semula bersama kotak hadiah dan bunga ros di tangan.

"Memanglah hari ini birthday saya... tapi semua ini untuk awak." Kotak hadiah dengan bunga ros itu dia berikan kepada aku. Aku dah tayang muka blur.

"Huh? Tak faham." Sumpah aku tak faham langsung.

"Buka kotak itu dulu nanti awak faham," arah Muz.

Kotak hadiah berbalut cantik itu aku pandang. Jemari perlahan-lahan bergerak mengoyakkan balutan. Tanpa dipinta, kening aku serta-merta ternaik. Huh, apa ni?

"Kosong. Tak ada apa-apa pun." Mata aku kembali pandang dia. Rasa tak puas hati.

"Kalau awak nak tahu, macam itulah kosongnya hati saya tanpa awak." Muz renung mata aku dalam-dalam. Lidah aku pula dah terkelu. Dada tanpa sedar dah berkompang dekat dalam.

Segera aku larikan pandangan daripada wajah Muz. Kaki yang bersarung stoking aku renung. Apa maknanya tu? Aku faham, tapi takut nak tafsirkan.

"Saya nak halalkan awak dengan menjadi isteri saya yang sah. Saya cintakan awak kerana Allah dan saya nak jaga awak. Izinkan saya untuk melindungi awak dengan cara saya."

"Jangan risau, saya tahu semuanya tentang awak. Tentang arwah Diff... semuanya. Kalau awak fikir saya nak kahwin dengan awak atas dasar simpati, jawapannya tak. Saya memang jujur dan ikhlas mencintai dan menyayangi awak. Maaf andai saya tergesa-gesa dan buat awak terkejut. Tapi, saya tak boleh tipu rasa hati saya."

"Dan... penting untuk awak tahu seseorang tak memerlukan sebab untuk mencintai kerana rasa ini diberi oleh Dia, Tuhan Pencipta Cinta."

Setitik air mata jatuh ke lantai. Kepala aku mendongak, kembali memandang muka lelaki itu. Terkejut dengan apa yang aku lihat. Muz menangis?

Masing-masing diam. Hanya sepi yang mengiringi. Tisu atas meja dicapai lalu aku hulurkan kepada dia.

"Ambil la. Lap air mata awak. Malulah tengok lelaki menangis." Gaya pujuk macam biasa aku pujuk budak-budak menangis dekat sekolah. Aura cikgu itu memang tak boleh move on! Muz sambut sambil tergelak kecil. Serta-merta aku ikut senyum juga.

"So, apa jawapan awak?" Muz tanya lagi.

Aku faham jenis soalan apa itu. Cuma itulah. Jawapannya sahaja yang...

"Saya terima." Akhirnya! Muz dah kulum senyum. Suka sangatlah itu.

"Kita bertunang dulu. Bagi saya masa untuk kenal awak. Lagipun, kita kahwin untuk bahagia dan saling menerima. Bukan untuk bergaduh, apatah lagi bercerai." Tegas aku menyatakan syarat. Aku rasa sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada Muz dan membiarkan diri aku dicintai oleh seorang lelaki. 

Muz senyum lagi tapi kali ini lagi lebar. Dan aku... berdebar-debar tengok senyuman dia. Cair weh! Okey, aku terpaksa mengaku yang dia ada senyum yang cukup untuk buat aku rasa tak tentu hala. Macam sekarang. Jadi dah ada satu point untuk Muz.

"Alhamdulillah... dah boleh masuk meminanglah ni kan? Hehe. Tak sabarnya!" Hah, dah keluar gaya gatal miang keladi dia. Aku jeling. Kawal sikit ya.

"Ayah, ibu, Kak Tim, Bang Zul! Muz hantar rombongan meminang hujung minggu ni!" Muz jerit dari jauh. Mereka yang memerhati dari jauh masing-masing menunjukkan ibu jari. Ceh, dah plan dari awal rupanya. Patutlah.

Lagi satu, belum apa-apa lagi dah panggil guna ayah dan ibu? Kepala aku dah tergeleng sendiri. Tak tahu malu betul dia ini.






 Tak tahu malu betul dia ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Where stories live. Discover now