#3

1.9K 322 167
                                    

Jaehwa membuka matanya perlahan-lahan, menyedari dia berada di dalam bilik yang terlihat asing, bukan bilik tidurnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jaehwa membuka matanya perlahan-lahan, menyedari dia berada di dalam bilik yang terlihat asing, bukan bilik tidurnya.

"Kau dah gila ke? Nasib baik kau tak bunuh dia! " satu suara dari luar bilik kedengaran.

"Baik aku tembak dia je terus, apa susah? Dia dah tahu pasal benda ni, baik dia mati je kan? "

"Mark Lee!!! "

Jaehwa meneguk liurnya payah, badannya menggigil ketakutan. Macam mana dia boleh dibawa ke sini?

"Apa jadi kalau diorang betul-betul nak bunuh aku? " Jaehwa menggigit bibir bawahnya, menggelengkan kepalanya berkali-kali.

"Bodoh Jaehwa, lain kali jangan bodoh sangat boleh tak? " dia memukul kepalanya berkali-kali, sehinggalah pintu bilik dibuka, membuatkan dia terkejut.

"Kau dah bangun? " soal lelaki itu, kemudian dia melangkah mendekati Jaehwa.

"J-Jangan dekat! " Jaehwa menudingkan jari ke arahnya, pantas lelaki itu berdiri kaku disitu.

"Jangan risau, aku tak ada pistol sekarang ni. Kau selamat. " ujar lelaki itu bersahaja.

Jaehwa hanya terdiam, dia memandang lelaki itu tidak percaya.

"Aku Jaehyun. " katanya, sambil langkah mendekat ke katil.

"Nama kau? " dia mengangkat keningnya, memandang Jaehwa yang masih dalam ketakutan.

Jaehwa menggelengkan kepalanya. "Aku boleh percaya kau ke? K-Kalau aku bagitahu nama aku, nanti kau buat apa-apa dekat aku? "

Jaehyun tertawa sekilas. "Hm setakat ni kau selamat, Taeyong hyung yang suruh keep kau di sini. "

"Kenapa? Apa aku dah buat? "

"Kau lupa? Kau tengok apa yang ada dalam USB tu, kan? " kata-kata Jaehyun membuatkan Jaehwa tersedar.

"L-Lepaskan aku, tolong lepaskan aku. A-Aku janji aku tak bagitahu sesiapa! " rayu Jaehwa.

"Aku tak boleh buat apa, semua keputusan berada di tangan Taeyong hyung. "

Jaehwa mengeluh perlahan. Apa nasib dirinya yang terlalu bodoh ini?

"So.... Nama? " soal Jaehyun lagi.

"U-Uh, J-Jaehwa. " jawab Jaehwa tersekat-sekat.

Jaehyun menganggukkan kepalanya. "Jom keluar, breakfast. "

Mata Jaehwa membulat sedikit. Mereka tak adalah kejam sangat, kan?  Sekurang-kurangnya dia diberikan makan.

Tapi mungkin lepasni dia akan dibunuh? Entahlah, dia pun tak tahu.

***

Jaehwa hanya diam, matanya hanya memandang mangkuk berisi cereal itu, tidak mahu memandang tempat lain.

cold. mlWhere stories live. Discover now