#38

1.9K 346 180
                                    

"Jaehwa, nak ke mana? " soal Jaemin apabila melihat Jaehwa seperti sedang kelam kabut mahu keluar dari rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jaehwa, nak ke mana? " soal Jaemin apabila melihat Jaehwa seperti sedang kelam kabut mahu keluar dari rumah.

"Ah? Oh, keluar jap. " Jaehwa cepat-cepat menyarungkan kasut, keluar dari rumah dengan tergesa-gesa.

Jaemin menaikkan kedua belah keningnya. "Mwo... "

Jaemin mencapai telefon pintar mililnya dan terus mendail nombor Renjun.

"Nak suruh aku track siapa pula sekarang ni? " suara Renjun kedengaran sangat pasrah.

Jaemin tergelak seketika. "Alah kau ni, berbakti sikit dekat member kau ni. Tolong track Jaehwa. "

"Aku dah agak. Sabar, aku tengah layan drama ni. "

"Sekarang lah Renjun, aku takut dia pergi ke mana-mana je. "

"Ish, tunggu jap. "

Jaemin mendengar setiap langkah yang diatur Renjun ke bilik kawalan, membuatkan dia hanya menunggu dengan sabar.

"Hm, dia tengah on the way, tak tahu lagi ke mana. "

"Aduh, kau memang tak boleh tahu ke dia nak ke mana? " Jaemin mengigit bibir bawahnya.

"Itu aku tak tahu pula. Tak pelah, nanti bila dia dah sampai aku roger kau. "

"Ah, okay. Thanks Renjun. " Jaemin mematikan panggilannya, berfikir sejenak.

Tiba-tiba telefon pintarnya berdering kembali, membuatkan Jaemin pantas melihat skrin telefonnya.

"Jeno? " dia menjawab panggilan itu, melabuhkan punggungnya di sofa si ruanh tamu.

"Apa? "

"Aku jumpa sesuatu. Datang markas sekarang juga. "

"Apa yang sesuatu tu? "

"Datang saja, kau akan tahu nanti. " terus Jeno mematikan panggilannya, membuatkan Jaemin mengeluh sekilas.

"Haish. "

***

"Maaf sebab bawa kau ke apartment aku lagi, aku memang tak biasa nak pergi cafe atau mana-mana. " ujar Donghyuck, melabuhkan punggungnya di hadapan Jaehwa.

Jaehwa menggeleng perlahan. "Tak apa. Jadi, apa benda yang kau nak cakap? "

Donghyuck mengetap bibirnya sekilas, dia berfikir banyak kali sama ada dia perlu memberitahu Jaehwa, yang baru dia kenal minggu lepas?

cold. mlWhere stories live. Discover now