#35

2.1K 302 198
                                    

Warning : 16+

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Warning : 16+

***


"Jaemin, tolong. Kalini je. Ni untuk kebaikan semua pihak juga-"

"Kebaikan semua pihak kau kata? Apa kita dapat kalau kita bersatu dengan diorang semula? " cantas Jaemin laju, membuatkan mereka yang lain mengeluh perlahan.

"Kita dapat sama-sama lindungi Jaehwa. " balas Renjun selamba.

Jaemin mendecit perlahan. "Kau tak tahu Jaehwa pun hampir mati bila dengan team 127."

"Benda sama akan terjadi juga kalau kau je yang jaga dia. Kau kena tahu, dah ramai mafia yang kenal Jaehwa sebagai adik kau, lagi berisiko dia untuk diambil diorang. " balas Jeno.

Jaemin terdiam seketika. Sejujurnya dia tak nak bersatu kembali dengan team 127. Tak nak dan tak akan.

"Dan kau pun tahu Jaehwa sekarang rapat dengan Mark-"

"Aku dah warned dia banyak kali jangan pergi apartment Mark, tapi dia degil. "

"Maknanya dia selesa dengan diorang, dia percaya diorang. Kau nak ke, Jaehwa percaya lebih dengan diorang berbanding kau? " Renjun menaikkan keningnya, memandang Jaemin yang kelihatan tergamam itu.

"Aku tahu kau nak yang terbaik untuk Jaehwa. Dan ini salah satu caranya, kalau kita bersatu, keselamatan Jaehwa akan terjamin. "

Jaemin terdiam seketika, apa yang dikatakan Jeno itu ada betulnya juga.

Patutkah dia menyetujui saja cadangan mereka untuk bersatu semula?

"Fikir Jaemin, tolong fikir pasal Jaehwa. Kau pun tak mampu untuk selamatkan dia seorang diri, kau perlu geng. " tambah Jeno lagi.

Jaemin mengeluh perlahan, semenjak dua menjak ni dia memang risaukan Jaehwa, tambah pula Jaehwa jarang ada di rumah sebab selalu ke apartment milik Mark.

Adakah dia perlu percayakan Mark juga?

"Okay. Aku setuju. Hanya untuk kepentingan Jaehwa. " ujar Jaemin lalu bangkit dari duduknya.

"Oh, Donghyuck pun-"

"Aku tak tahu khabar Donghyuck macam mana sekarang ni, dia tak datang markas kita dah berhari-hari. Jadi, biarlah. Aku tak rasa dia nak. "

Jaemin mengeluh perlahan. "Okay. '

***

"Kau dah okay ke? " Mark menolehkan kepalanya ke arah pintu, melihat Jaehwa yang menjengahkan kepalanya sahaja di muka pintu.

"Dah. " jawab Mark pendek, namun hanya mendapat dengusan kecil dari Jaehwa.

"Tipu. " Jaehwa mengetap bibirnya, menutup pintu bilik Mark dan menuju ke arah Mark.

cold. mlWhere stories live. Discover now