#15

1.7K 302 97
                                    

POM!!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

POM!!!

Bunyi tembakan memenuhi ruangan itu, sekaligus membuatkan Jaehwa terkejut, pantas mencengkam erat lengan Mark.

Mark menoleh ke arahnya sekilas, melihat dia masih memejamkan matanya dengan rapat.

"Ladies and gentlemen, welcome to my party. " lelaki itu mengukir senyuman sinis, memandang khayalak ramai dengan mata yang memincing.

"Tujuan aku mengadakan majlis ini, hanya untuk meraikan kejayaan aku sahaja. Jadi aku berbuat baik dengan belanja makan apa semua ni. " ujarnya sombong.

Kemudian matanya tertancap pada Mark yang hanya berdiri di tepi sudut ruang itu, pandangannya hanya tenang memandang ke arah lelaki itu.

"Berseronoklah menikmati segala makanan yang disediakan. " ujarnya kemudian tersenyum muzik dimainkan kembali.

"Huh, kenapa dia tiba-tiba tembak? Terkejut aku. " Jaehwa mendecit perlahan.

"Boleh lepaskan lengan aku. " Mark menunjukkan lengannya, pantas sahaja Jaehwa melepaskannya.

"Mian. " tuturnya perlahan.

Mark mendecit, membetulkan tali lehernya sekilas. "Kau dah okay belum? Yang lain dah tunggu kat sana. "

Jaehwa menganggukkan kepalanya, membuntuti Mark yang melangkah maju ke hadapan.

"Aish, Mark, jangan laju-" kata-kata Jaehwa terhenti apabila dia terlanggar seseorang dan hampir sahaja membuat dia jatuh.

"Oh my God, I'm sorry. " ujar lelaki itu, membantu Jaehwa untuk bangun.

"Eh, saya yang perlu minta maaf. Saya jalan tak tengok orang. " Jaehwa menundukkan badannya sekilas.

"Datang dengan siapa, beautiful?" soal lelaki itu ramah.

"Ah, uhm datang dengan-"

"Yah. " Mark tiba-tiba muncul, memberi pandangan tajam ke arah Jaehwa.

"Oh, Mark Lee? Tak sangka ya berjumpa kat sini. " ujar lelaki itu dengan senyumannya.

Mark mendecit. "Kau ke mana huh? Diorang cari kau. "

"Kau yang jalan laju tadi-"

"Ah, dia perempuan kumpulan korang, ye? " lelaki tadi menaikkan sudut bibirnya.

"Not bad. " terbeliak mata Jaehwa mendengar ayat lelaki itu.

"Uhm, uh-"

"Aku rasa korang semua dah buat-"

Mark menarik kolar bajunya kasar, menghayunkan penumbuk miliknya ke arah lelaki itu, sekaligus membuatkan semua mata memandang ke arah mereka.

"Watch your mouth, asshole. " Mark menolaknya kasar, menarik pergelangan tangan Jaehwa pergi dari situ.

cold. mlWhere stories live. Discover now