#23

1.8K 299 80
                                    

"Kau memang suka merayau kan? Kalau orang lain nampak kau lepastu ambil kau dan bunuh kau, kau memang nak ke? " bebel Mark sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam apartment

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau memang suka merayau kan? Kalau orang lain nampak kau lepastu ambil kau dan bunuh kau, kau memang nak ke? " bebel Mark sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam apartment.

Jaehwa mencebikkan bibirnya. "Aku main dengan diorang je... "

Mark mendecit perlahan, melangkah pergi dari situ meninggalkan Jaehwa sendirian. Jaehwa mengangkat bahunya, menuju ke dapur untuk mengambil air.

"Taeyong hyung kata kita ada misi malam ni dan kau kena ikut. " ujar Mark, entah bila dia ada di belakang Jaehwa pun, dia tak tahu.

"Ah? Maksudnya aku pun kena lawan diorang ke?  Tapi-"

"Kan Taeyong hyung kata, atasi trauma kau dengan join banyak misi, nanti kau akan terbiasa. " Mark memotong percakapan Jaehwa.

Jaehwa mengeluh perlahan, hanya menganggukkan kepalanya.

Sesungguhnya Mark pun tidak tahu macam mana nak meyakinkan Jaehwa yang dirinya akan baik-baik sahaja, tapi entahlah.

Semua ayatnya seperti tenggelam semula ke dalam perutnya.

"Mark, kau nak makan apa untuk dinner? " soal Jaehwa, melihat sekilas ke arah bahan-bahan yang ada di dapur.

Mark mengangkat keningnya. "Biar aku beli dekat luar-"

"Membazir kalau beli setiap hari kat luar. Tak apalah, biar aku masak. " jawapan Jaehwa membuatkan dia membulatkan matanya.

"Kau pandai memasak ke? "

Jaehwa menjegilkan matanya ke arah Mark. "Apa kau ingat aku tak reti memasak ke? "

"Sana, biar aku memasak sorang-sorang dengan aman. " Jaehwa menolak tubuh Mark jauh dari dapur.

Mark mendecit perlahan, melangkah ke ruang tamu apartmentnya. Kadang dia memandang sekilas ke arah Jaehwa di dapur, takut juga dapur apartmentnya terbakar.

Setengah jam selepas itu, Jaehwa menghidangkan lauk ayam, kimchi, dan nasi di atas meja makan.

Mark memandangnya tidak percaya, dia pun tak pernah ingat dia ada semua bahan ni, maklum sahaja dia tak pernah memasak.

"Jom lah makan! " ujarnya teruja, menarik pergelangan tangan Mark untuk ke meja makan.

Mark melihat sekilas ke arah pergelangan tangannya, dia menggigit lip ring miliknya.

Kali terakhir dia dipegang perempuan sebegini pun dengan Haerin.

"Mark! " suara Jaehwa menyentakkan lamunannya, memandang semangkuk nasi yang kini berada di hadapannya.

"Cuba rasa. " ujarnya dengan senyuman lebarnya, menanti Mark merasa makanan yang dibuatnya.

Mark menyuapkan nasi dan ayam ke dalam mulutnya, jeda seketika.

cold. mlWhere stories live. Discover now