"Taehyunnieeeeee!!!!!! " Jaehwa berlari menuju ke arah Taehyun dan memeluknya dari belakang.
"Jaehwa! Kau kemana hampir seminggu ni?! Aku risau tahu tak! " mata Taehyun membulat, memandang Jaehwa penuh khuatir.
"Aku sakit sikit je, tak ada apa-apa pun. " bohong Jaehwa, dia mengukir senyum kecil.
Taehyun mengecilkan matanya, kemudian dia perasan yang lengan Jaehwa berbalut. "Tangan, kenapa? "
"Jatuh tangga. " bohong Jaehwa kali kedua. Lah, tak kan lah dia nak cakap yang dia kena tembak?
"Ish, cuai. Lain kali hati-hati lah Jaehwa ku sayang. " Taehyun mengusap rambut Jaehwa perlahan, kepalanya digelengkan seketika.
Jaehwa tersengih, memeluk lengan Taehyun erat. "Dah dah, lepas kelas kita pergi date jom? "
Taehyun menganggukkan kepalanya berkali-kali. "Iya iya, untuk Jaehwa semua boleh. "
Mereka berjalan berduaan, menuju ke kelas masing-masing.
---
"Taehyun-ah, kita dah berapa lama ye? " soal Jaehwa, tangannya masih digenggam oleh Taehyun sambil berjalan di sekitar Hangang Park itu.
Taehyun berfikir sejenak, kemudian dia tersenyum nipis. "Hm, lima bulan? "
"Ei, ingat pun. Kau ingat lagi tak macam mana aku confess dekat kau? "
Taehyun tergelak kecil, menganggukkan kepalanya. "Mestilah ingat, tak malu betul. Bayangkan kalau aku reject masatu-"
"Kalau kau reject, sumpah aku pindah sekolah haritu juga. " tawa mereka meletus, mengingati peristiwa yang amat indah itu.
"Aku gembira yang aku ada kau, Taehyun. Selain Jaemin, aku hanya ada kau sahaja tempat aku luah semua benda. " ujar Jaehwa tiba-tiba, membuatkan Taehyun hanya mendiamkan dirinya.
"Jangan tinggalkan aku tau? Aku cuma ada kau dan Jaemin je sekarang ni. " kata Jaehwa lagi, kemudian dia jalan merapati Taehyun dan memeluk tubuhnya.
Taehyun membalas pelukan Jaehwa, tangannya naik untuk mengelus rambut Jaehwa.
"Aku nak kau jaga diri kau elok-elok, Jaehwa. Aku tak nak tengok tangan kau berbalut lagi, aku tak nak tengok ada secalit luka pun dekat anggota badan kau. Okay? " Taehyun menatap mata milik Jaehwa dalam.
Jaehwa menganggukkan kepalanya berkali-kali. "Janji lepasni aku elok-elok je hehe. "
Taehyun tersenyum kecil. "Kau dah janji dengan aku ye, jangan mungkir janji pula. "
"Aku bukan macam kau. " jawab Jaehwa selamba.
"Eh hello? Wah, mengungkit nampak. Masetu kan aku ada kelas tambahan mengejut! Eiii jangan ungkit la benda tu! " Taehyun mencubit pipi Jaehwa perlahan.
YOU ARE READING
cold. ml
Fanfiction"ᴀᴋᴜ ᴛᴀᴋ ᴘᴇʀɴᴀʜ ᴋɪꜱᴀʜ ᴋᴀᴜ ᴅᴀʀɪ ᴍᴀɴᴀ ᴀᴛᴀᴜ ᴀᴘᴀ. ʏᴀɴɢ ᴘᴇɴᴛɪɴɢ ꜱᴇᴋᴀʀᴀɴɢ ɴɪ, ᴋᴀᴜ ᴍᴀᴛɪ. " ᴍᴀꜰɪᴀ ꜱᴇʀɪᴇꜱ (2) ⚠️ ᴛᴡ ⚠️ ; ᴄᴏɴᴛᴀɪɴꜱ ɢ*ɴ ᴀɴᴅ ᴠ!ᴏʟᴇɴᴄᴇ ᴀ ᴍᴀʀᴋ ʟᴇᴇ ꜰᴀɴꜰɪᴄᴛɪᴏɴ, 2021