#13

1.6K 282 126
                                    

Mark membuka matanya perlahan-lahan, cuba untuk memproses apa yang terjadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mark membuka matanya perlahan-lahan, cuba untuk memproses apa yang terjadi.

"Ah ya... " dia menggumam perlahan, melihat beberapa wayar yang dililit di tangannya.

"Tch Yuta hyung, aku dah kata aku tak suka benda alah ni. " pantas dia mencabut segala wayar itu dan turun dari katil.

Kepalanya berpusing seketika, cuba untuk menyeimbangkan badannya kembali.

Dia menapak keluar dari biliknya, menuju ke dapur untuk membasahkan tekaknya.

"Mark, kau dah-"

Hampir sahaja Mark terjatuh terjelepok apabila dia tiba-tiba mendengar suara itu menyergahnya.

"Oh my God, you startled me! " marahnya sambil menggosok dadanya perlahan.

Jaehwa mengedipkan matanya berkali-kali. "Sekarang pukul 3:29 am, kau baru terjaga ke? "

Mark tidak menjawab, kembali meneruskan langkahnya menuju ke dapur.

Jaehwa menggosok matanya berkali-kali, berjalan perlahan menuju ke arah Mark.

"Patutnya kau tak boleh cabut wayar tu sesuka hati kau-"

"Tak perlu menyibuk , boleh je kan? " Mark memotong kata-kata Jaehwa, sekaligus membuatkan Jaehwa terdiam.

Jaehwa menggigit bibir bawahnya, hanya berdiri kaku disitu.

Mark mengerling sekilas ke arah Jaehwa yang masih berdiri tegak disitu. "Buat apa lagi kat sini? Pergilah masuk bilik kau. "

"Uh, aku cuma nak pastikan yang kau okay okay. " jawab Jaehwa, melihat Mark yang sudah menapak meninggalkan dapur.

"Tak perlu, aku dah biasa macam ni. " ujar Mark tanpa berpaling kepada Jaehwa, berjalan terus menuju ke biliknya semula.

Jaehwa mengeluh perlahan. Lengan bajunya yang sedikit besar itu ditarik sedikit. 

"Apalah salah aku sampai dia memang tak nak bercakap dengan aku. "

***

"Dah sampai. Mark, train dia elok-elok. Aku bagi masa dua jam. " ujar Taeyong, memandang sekilas ke arah Jaehwa kemudian Mark.

Mark tidak menjawab, hanya membiarkan Taeyong berlalu pergi setelah pintu ditutup.

Jaehwa mengeluh, dia menapak mendekati Mark. "Kau boleh ke... Em train aku? Sebab kau kan baru sedar-"

"Kau nampak aku macam tengah sakit lagi ke? Tak kan? " Mark menyoal sinis, memutarkan bebola matanya.

"Aku tanya je. " Jaehwa menapak menuju ke ruangan menembak, memandang beberapa pistol yang berada disitu. 

cold. mlWhere stories live. Discover now