#36

2K 336 326
                                    

80+ votes, 100+ komen untuk dabel update :)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

80+ votes, 100+ komen untuk dabel update :)

***

"Terlebih dahulu aku nak cakap, sorry pada Jaehyun dan Mark sebab tuduh melulu tanpa siasat terlebih dahulu. " Taeyong bersuara, memandang sekilas ke arah Jaehyun dan Mark.

"Dah biasa, tak apa. " jawapan Jaehyun membuatkan yang lain terlepas tawa.

"Aku fikir ni meeting yang serius. " ujar Yangyang seketika.

"Iya memang serius, aku tak buat lawak pun. " Jaehyun membela dirinya.

"Okay, kita sambung kembali. Berkaitan dengan rancangan kita untuk bersatu semula dan bersama-sama menentang Choi Taejin, yang semua orang tahu dia memang orang berkuasa besar di antara semua kumpulan mafia yang ada dekat Seoul ni. " Taeyong memaparkan slide di hadapan melalui projektor yang entah dari mana dia ambil.

"Seperti kita tahu juga, dia sekarang tengah mengugut dan cabar kita semua, NCT dalam pelbagai aspek. Satu, pasal appa aku. Dua, pasal Dreamies yang Donghyuck buat apa benda tah sampai korang kena, dan akhir sekali adalah pasal Jaehwa. "

Semua mata kini memandang Jaehwa yang berada di antara Jaemin dan Mark.

"Ah, aku? " soalnya tersekat, dah lah dia memang termenung dari tadi, tak fokus langsung.

"Kau kenapa lilit benda ni kat leher kau? Bilik ni pun panas sebenarnya, tanggalkan ajelah. " Jaemin ingin menarik skarf di leher Jaehwa, tetapi Jaehwa terlebih dahulu melarangnya.

"Ish, janganlah! Sukahati aku lah nak pakai apa! " Jaehwa menolak-nolak tangan Jaemin menjauh.

Ekspresi Mark? Dia pula yang cemas, lip ring digigit berkali-kali. Jaemin tu dah lah abang Jaehwa, mahu dia kena terajang dengan Jaemin kalau dia tahu dialah penyebab Jaehwa pakai skarf tu.

"Jaemin, Jaehwa, fokus. " suara Taeyong membuatkan kembar itu memandang tajam antara satu sama lain, kemudian memandang tempat lain dengan tangan disilangkan ke dada.

"Kembar kembar, macam budak kecil. " Taeil menggelengkan kepalanya.

Hampir satu jam setengah perbincangan mereka, dan akhirnya tamat juga meeting mereka pada hari itu.

"Semua kecuali Jaehwa, Ten dan Mark tunggu sekejap. " arah Taeyong lalu mereka bangun dari duduk mereka, menapak keluar dari bilik itu dan hanya tinggal mereka berlima sahaja dalam bilik itu.

"Jaemin, sila bersurai. " Taeyong perasan Jaemin masih tidak berganjak dari tempatnya.

"Aku perlu tahu apa yang kau nak cakapkan pada Jaehwa. Dia adik aku. " ucap Jaemin bersahaja.

cold. mlWhere stories live. Discover now