#5

1.7K 303 92
                                    

Jaehwa hanya diam sepanjang perjalanan, takut dengan kejadian tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jaehwa hanya diam sepanjang perjalanan, takut dengan kejadian tadi.

Mark hampir membunuhnya untuk kali kedua.

Jaehwa tidak berani ingin memandang muka tegang Mark, dia nampak sangat marah. Mungkin sebab dia mahu lari?

Tapi kenapa dia marah sangat?

Telefon milik Mark mendering, membuatkan lelaki itu mengerling sekilas ke arah telefonnya, kemudian dia menjawab panggilannya.

"Hm, Taeyong hyung. "

"Mark, asal lama sangat keluar? Cepat, bawa dia pergi ke location yang aku hantar. "

"Tch, ada benda jadi tadi. Hantar je la location. " jawab Mark mendatar, kemudian panggilan dimatikan begitu sahaja.

Kelajuan kereta mula bertambah, membuatkan Jaehwa meneguk liurnya payah, takut juga dia mati akibat kemalangan jalan raya.

Nak bersuara tak berani, jadi dia hanya mampu mendiamkan diri dan memejamkan matanya.

Beberapa minit kemudian, Jaehwa merasakan kereta milik Mark kembali dipandu dalam laju yabg terkawal, lalu dia memberanikan diri membuka matanya.

Dia melihat sebuah gudang terbiar, dengan keadaan gelap sebegini, penglihatannya menjadi kabur.

"Keluar. " arah Mark tiba-tiba, pantas sahaja Jaehwa menurut kata-katanya.

Mark mencampak sepucuk pistol ke arahnya dan Jaehwa menyambutnya dengan ragu-ragu.

"P-Pistol? " soalnya tersekat-sekat.

Kening Mark terangkat. "Dahtu? Kenapa? "

Jaehwa mengetap bibirnya, memandang pistol yang kini berada di tangannya.

"Taeyong hyung suruh kau masuk, tengok ada apa kat dalam. " ujar Mark, memuncungkan bibirnya ke arah gudang yang berjarak beberapa cm dari mereka.

Jaehwa meneguk liurnya payah. Mark memandangnya tajam, terus dia melangkah pergi dari situ, menuju ke arah gudang tersebut.

Jaehwa sendiri tidak tahu apa yang terjadi sekarang, adakah dia disuruh untuk membunuh orang?

Bunyi derapan tapak kaki seseorang membuatkan Jaehwa berhenti berjalan. Dia melihat sekelilingnya, cuba untuk mengesan orang yang mungkin sedang menyorok.

POM!!!

Jaehwa menjerit kecil apabila terdengar bunyi tembakan itu, badannya mengigil ketakutan. Dia memandang ke arah lelaki yang baru sahaja melepaskan tembakan tadi.

Dan hampir hampir sahaja mengenai Jaehwa.

"Tch, Taeyong yang hantar kau ke sini? " lelaki itu mendecit, kemudian dia tertawa besar.

cold. mlWhere stories live. Discover now