#21

1.7K 284 70
                                    

Mark menggendong Jaehwa yang tertidur di belakangnya, memasuki apartment miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mark menggendong Jaehwa yang tertidur di belakangnya, memasuki apartment miliknya.

Setelah berejam menunggu Jaehwa berhenti menangis, dia akhirnya tertidur semasa perjalanan pulang ke apartment milik Mark.

Dia membuka pintu bilik yang dulunya bilik kosong dan kini dihuni oleh Jaehwa, melangkah menuju ke katil miliknya dan perlahan-lahan meletakkannya di atas katil.

Namun entah macam mana tangannya tiba-tiba tersekat di bawah badan Jaehwa, membuatkan dia terkaku seketika tidak boleh bergerak.

"Aish jinjja-" dia merungut perlahan sambil cuba untuk menarik tangannya, namun tiba-tiba Jaehwa menarik lehernya membuatkan wajahnya semakin mendekat dengannya, tangannya menampung di sebelah kepala Jaehwa agar tidak jatuh ke atasnya.

Mark meneguk liurnya payah, menyedari jarak wajah antara mereka hanya tinggal beberapa inci, sehingga dia dapat merasakan deru nafas hangat Jaehwa menerpa wajahnya.

"J-Jaemin..." mendengar nama yang keluar dari mulut Jaehwa, Mark mengerutkan keningnya.

"Jaemin? " dia menyoal kembali, namun tiada balasan daripada Jaehwa, yang hanya Mark dengar adalah dengkuran halus miliknya.

Mark menggelengkan kepalanya, seraya meloloskan dirinya dari Jaehwa. "Jaemin? Na Jaemin ke? "

Seingat Mark, dia tidak pernah mention nama lelaki lain selain Taehyun, dan ini Jaemin yang mana? Na Jaemin ataupun Jaemin yang lain? Kalau ya pun Na Jaemin, apa hubungan mereka?

"Tch, kenapa aku nak tahu sangat? " Mark mendecit perlahan, menoleh ke arah Jaehwa sekilas kemudian menapak keluar dari biliknya.

Serentak dengan itu, telefon milik Mark berbunyi, menandakan ada panggilan masuk. Mark melihat skrin telefonnya, nama Taeyomg yang tertera di situ.

"Hyung-"

"Mark, kau dengan Jaehwa ada dekat markas ataupun dah balik? " suara Taeyong kedengaran cemas, membuatkan Mark bingung seketika.

"Dah, kitorang dah sampai apartment-"

"Ah, nasib baik. Sebab STRAY KIDS serang markas kita, cari Jaehwa. "

Mark menolak lidahnya ke tepi dalam pipinya. "Kenapa diorang cari dia? "

"Kau pun tahu kan masetu sebab dia tahu Jaehwa bawah kita, jadi dia nak ambil Jaehwa untuk jatuhkan kita. "

Mark terdiam seketika, kemudian dia menganggukkan kepalanya. "Okay. Aku faham. "

"Mark kau jangan buat-"

Belum sempat Taeyong menghabiskan kata-katanya, Mark terlebih dahulu mematikan talian.

Dia mendecit seketika. "I'm sorry Taeyong hyung, kali ni je aku langgar peraturan. "

cold. mlWhere stories live. Discover now