#32

1.9K 303 157
                                    

Jaehwa menutup pintu rumahnya perlahan-lahan, kemudian dia berjalan menuju ke dalam biliknya secara berhati-hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jaehwa menutup pintu rumahnya perlahan-lahan, kemudian dia berjalan menuju ke dalam biliknya secara berhati-hati.

"Dari mana? " tiba-tiba suara garau milik Jaemin menyapanya, membuatkan dia terus menoleh memandang Jaemin yang sedang bersandar di pintu biliknya.

"None of your bussiness. " saat Jaehwa ingin melangkah masuk ke dalam biliknya, Jaemin menahannya dengan berdiri di hadapannya.

"Fuck off. " decit Jaehwa, menolak Jaemin supaya menjauhinya namun Jaemin masih tidak bergerak.

"Aku tanya, kau dari mana? " mata Jaemin memandang anak mata Jaehwa tajam, tangannya menahan kedua bahu Jaehwa.

"Dan aku kata, bukan urusan kau kan? " Jaehwa menjawab kembali, cuba untuk menolak Jaemin menjauh namun tidak berhasil.

"Susah sangat ke nak jawab soalan aku ni? " Jaemin menyoal kembali, ini bukan Jaemin yang dia kenal.

"Jaemin, kau kenapa? " Jaehwa mendecit perlahan, menatap Jaemin yang berada di hadapannya.

"Kau tak pergi sekolah, bukan? " persoalan Jaemin membuatkan Jaehwa terdiam seketika.

Macam mana dia boleh tahu? 

"Kau ke mana? " dia menyoal sekali lagi, kali ini suaranya ditekan, sepeti sudah tidak boleh bersabar lagi.

"Aku pergi rumah Mark, kenapa? " Jaehwa membalas selamba.

Jaemin menolak lidahnya ke tepi bahagian dalam pipinya. "Kau memang mencabar kesabaran aku ke sekarang ni? "

"Aku tak faham dengan kau, Jaemin. Apa salahnya aku pergi rumah dia? Sekurang-kurangnya aku selamat. " ujarnya, membuatkan Jaemin tertawa sinis.

"Selamat? Kau memang yakin diorang tak ada niat lain? " Jaemin seakan mencabarnya, membuatkan Jaehwa mengetap bibirnya perlahan.

"Aku tak tahu kenapa kau cakap mam ni, diorang selamatkan aku-"

"Dan kau yakin hanya kerana diorang selamatkan kau, diorang orang baik? " Jaemin mencelah.

"Kau tak tahu hidup mafia macam mana Jaehwa, bukan semudah tu je kau nak percaya diorang. "

Kadang ada betulnya kata Jaemin itu, tapi dia tetap percayakan Jaehyun dan Mark.

"Aku percaya diorang. " ujar Jaehwa.

"Wah, aku tak sangka kau lebih percaya diorang daripada aku? " Jaemin menatapnya tidak percaya.

"Apa bezanya kau dengan diorang? Korang semua mafia, mungkin boleh jadi juga kau tipu aku. " 

"Jaehwa, apa yang diorang dah cakap dengan kau sampai kau jadi macam ni? " Jaemin merentap kasar pergelangan tangan Jaehwa, memaksanya memandang wajahnya.

"JAEMIN!!! " Jaehwa cuba untuk melepaskan pergelangan tangannya dari cengkaman Jaemin.

"Dengar cakap aku Jaehwa, jangan pernah terpedaya dengan diorang. " Jaemin berkata dengan nada yang marah, melepaskan lengan Jaehwa dan terus berlalu menuju ke biliknya.

cold. mlWhere stories live. Discover now