#12

1.6K 292 158
                                    

Jaehwa mengangkat kepalanya, melihat lelaki yang berada beberapa meter darinya menghalakan pistol ke arah Taehyun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jaehwa mengangkat kepalanya, melihat lelaki yang berada beberapa meter darinya menghalakan pistol ke arah Taehyun.

"Andwae... Taehyun... TAEHYUN-AH!!! " mata Jaehwa mula bertakung, dia melutut di sebelah Taehyun yang sudah berlumuran darah itu.

"Jaehwa... " Taehyun bersuara lemah, menahan perit di dadanya yang semakin sakit.

"Taehyun, Taehyun jangan tinggalkan aku Taehyun... Bertahan-"

Taehyun menggelengkan kepalanya lemah, dia menggenggam erat tangan milik Jaehwa.

"M-Mianhae. A-Aku tak dapat stay d-dengan kau lebih la-"

"Bawa dia. " arah lelaki itu, lalu dia menarik Jaehwa menjauhi Taehyun.

"KANG TAEHYUN!!! " Jaehwa menjerit,  air matanya tidak henti-henti mengalir dari tadi.

"LEPAS!!! " Jaehwa cuba memberontak, namun cengkaman lelaki itu lagi kuat, menolak tubuh Jaehwa masuk ke dalam van itu.

"TAEHYUN!!! " Jaehwa menjerit, melihat tubuh tidak bermaya Taehyun dipijak oleh lelaki yang menembaknya tadi. 

"Kang Taehyun... Bodoh. " lelaki itu mendecit kuat, memijak dada Taehyun yang sudah lemah itu.

"Kau memang bodoh, bukan? Kerja kau untuk perangkap perempuan tu, bukannya kau yang selamatkan dia! " lelaki itu mendengus kasar dan memijak Taehyun lagi, namun Taehyun tidak berdaya lagi untuk melawan.

"Selama lapan bulan tempoh aku bagi kau untuk dapatkan kepercayaan dia, bukannya jatuh cinta dan jadi pasangan bercinta, bodoh. " tekan lelaki itu lagi.

Penglihatan Taehyun mula samar-samar, dia juga tidak merasakan lagi segala anggota badannya.

"S-Sebab aku sayangkan dia... Aku tak sanggup u-untuk khianat dia... " itulah kata-kata terakhir Taehyun selepas lelaki itu menembaknya untuk kali kedua, tembakan yang tepat mengenai jantungnya.

***

"Macam mana dia boleh hilang, Mark Lee?! " Jaehyun menyoalnya, melihat Mark yang masih mencarinya sekeliling rumah.

"Kau fikir aku tahu ke? Aku baru balik juga tengok dia tak ada! " balas Mark, mendecit kasar.

"Dah tu kita nak cari kat mana ni? " soal Doyoung pula, buntu.

"Track dia, " arah Jaehyun, membuatkan Jungwoo menaikkan keningnya.

"Macam mana? Dia bukan ada pun-"

"Dia ada, aku letak dekat bandage dia. " celab Yuta lalu pantas sahaja Jungwoo menganggukkan kepalanya, menuju ke bilik simpanan di rumah Mark yang mempunyai segala kepeluan mafia mereka.

cold. mlWhere stories live. Discover now