#31

1.8K 350 127
                                    

"Mark

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mark... "

Mark ingin membuka matanya, namun entah kenapa terasa berat sekali.

Dia merasakan tangannya diusap oleh tangan lembut seseorang, membuatkan dia hanya kaku disitu.

Perlahan-lahan Mark menggengam tangan itu, membuatkan gerangan itu menoleh memandang ke arah Mark.

"Mark? "

Suara itu, suara yang amat dikenalinya. Namun dia takut untuk membuka matanya.

Apa jadi kalau dia membenci dirinya? Apa jadi kalau dia buka mata, dia hanya dapat tatapan sinis milik dia?

Mark akhirnya memberanikan dirinya untuk membuka mata, kemudian tertutup kembali apabila cahaya dari lampu bilik itu memasuki matanya.

"Kau dah sedar. " ucap dia perlahan, senyuman lega terukir di bibirnya.

Mark menoleh memandang gerangan itu, bibir bawahnya diketap.

"Sebelum kau tanya apa-apa, biar aku ceritakan. Kau kena tikam dekat perut, Jaehyun masih tengah cari siapa orang tu. " ujarnya.

"J-Jaehwa... " Mark bersuara perlahan, membuatkan Jaehwa menoleh ke arahnya.

"Kenapa? Sakit kat mana? Kau nak air? Aku boleh ambilkan-"

Mark menggeleng perlahan, matanya melilau sekeliling, tidak mahu memandang mata Jaehwa.

"Mark? Kau okay? " soal Jaehwa lagi, tangannya menggosok telapak tangan Mark, membuatkan Mark mengeluh perlahan.

"Kenapa kau yang ada dekat sini? Mana yang lain? " soal Mark.

"Kau tak suka ke aku dekat sini? " soalan dibalas dengan soalan, Jaehwa menatap mata Mark dengan wajah yang muram.

Mark terdiam seketika, dia tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan Jaehwa, tapi dia asyik memikirkan kejadian tempoh lalu.

"Bukan. " jawab Mark pendek, tiba-tiba dia kehilangan kata.

Entah mengapa, di hadapan Jaehwa dia berasa sangat lemah, dia seakan-akan mahu menceritakan kepada Jaehwa segalanya, dia mahu Jaehwa faham tentang dirinya.

"Kau dah lupa apa yang Donghyuck cakapkan? "

"Aku tak tahu apa sebenarnya yang terjadi antara kau, Donghyuck dan perempuan bernama Haerin tu. Tapi itu kan kisah silam kau... " Jaehwa menghentikan kata-katanya seketika.

"Aku percaya kau, Mark. "

Mark memandang wajah Jaehwa, mencari kebenaran di sebalik kata-katanya itu.

"Atau kau hanya kesiankan aku? " Mark bersuara lagi.

"Mark, aku rasa kau masih penat dan tak larat lagi, sebab darah kau pun banyak hilang, nasib je Yuta datang tadi dan tolong. " ucap Jaehwa.

cold. mlWhere stories live. Discover now