#18

1.6K 294 136
                                    

"Hari ni, Mark akan train kau lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hari ni, Mark akan train kau lagi. Memandangkan Yuta kata kau trauma, kau kena lawan rasa trauma kau, kalau tak akan jadi lagi teruk. " ujar Taeyong, memandang sekilas ke arah Jaehwa.

Jaehwa menggigit bibir bawahnya, menganggukkan kepalanya perlahan. "A-Aku cuba. "

Mereka melangkah menuju ke bilik latihan dan seperti biasa, Mark sudah berada di situ, bermain dengan telefon pintarnya.

"Mark, train dari dia elok-elok. "

"Hyung nak aku train macam mana sebenarnya? Apa guna dia train if dia tak pernah mengaplikasikan benda yang dia-"

"Sebab dia tak bersedia sepenuhnya lagi Mark Lee. Hari ni, aku nak dia boleh lawan balik kau. Faham tak? " soal Taeyong dan Mark mengeluh seketika.

"Fine. "

Sebaik sahaja Taeyong melangkah keluar dari bilik latihan, mereka hanya memandang antara satu sama lain. Kemudian Mark melangkah ke ruang latihan , diikuti oleh Jaehawa di belakang.

"Kau dengar kan apa yang Taeyong hyung cakap? Walaupun selama ni pun kau dah buat, tapi tu hanya sikit. Tunjukkan lagi." ujar Mark bersahaja, memandang Jaehwa tanpa emosi.

Jaehwa menggigit bibir bawahnya seketika, dia menarik nafasnya perlahan dan menghembuskannya. "Okay. "

Jaehwa memulakan langkahnya, ingin menyerang Mark tetapi Mark seperti biasa, pergerakannya lebih pantas dan dia mengelak dengan mudahnya.

Jaehwa mendecit perlahan, cuba untuk menyerang Mark lagi sekali tetapi gagal juga. Mark mengangkat sudut bibirnya sinis.

"Macam mana kau nak lawan diorang nanti, huh? Rela je kena ambil dan kena bunuh? " selamba Mark berkata, membuatkan Jaehwa memejamkan matanya seketika.

"Kau ada Jaemin, sebabtu kau bergantung pada dia dan tengok diri kau sekarang, lemah. "

"Kau selalu bergantung pada orang, tak pernah usaha untuk dapatkannya sendiri. "

"Mudah betul hidup kau, bukan? "

Jaehwa membuka matanya seketika, memandang Mark dengan tatapan tajam. Dia nekad, dia nekad ingin menjadi Jaehwa yang baharu.

Dia ingin tunjukkan kepada mereka yang lain dia tidak bergantung pada sesiapa pun untuk dirinya.

Tetapi diri dia sendiri.

Dalam sekelip mata, Jaehwa menyepak kaki Mark sehingga membuatkan dia terjatuh, kemudian dia mengangkat kakinya untuk menyepak kepala Mark, dan mujur Mark menapak ke belakang.

"Yah, kau gila? Kau memang nak sepak aku-"

Belum sempat Mark menghabiskan kata-katanya, Jaehwa menarik kolar baju Mark, melemparkan Mark ke atas tanah dan dia berada di atas Mark, tangan sebelahnya hampir menumbuk mukanya dan tangan sebelah lagi mencengkam kolar bajunya.

cold. mlWhere stories live. Discover now