"ARKH! SAKITLAH HYUNG! " Mark membentak apabila Yuta menekan lukanya di bahu, kemudian Yuta tertawa.
"Kau dah berapa kali kena tembak, takkan lah tak biasa lagi? " soal Yuta bersahaja.
"Masalahnya hyung macam nak tumbuk bahu aku je! Yang hyung tekan tu kenapa? " soalnya tidak puas hati.
"Nak uji je, sakit lagi ke tak. Rupa-rupanya sakit lagi. "
Mark memutarkan bebola matanya, kesal dengan tindakan Yuta.
Jungwoo tiba dengan keropok di tangannya, mengambil tempat di sebelah Mark. "Aku dah check maklumat dalam dokumen tu."
"Hm, lepastu? "
"Susah, kita still tak dapat maklumat tu. Semua yang aku search macam tak ada kaitan langsung dengan apa yang kita nak. " kata-kata Jungwoo membuatkan Mark terdiam seketika.
"Kenapa... Kenapa aku rasa... Dia bagi dokumen palsu? " soal Yuta, terus kedua lelaki itu memandang ke arah Yuta.
"Hyung jangan, aku penat-penat pergi semalam, sampai kena tembak, tak kan lah dapat yang palsu punya? " Mark mendecit kasar.
Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka, wajah sugul Taeyong menjadi perhatian mereka.
"Hyung, betul ke-"
"Ya, tu dokumen palsu. " Taeyong mengeluh kasar, dokumen di tangannya dicampak sehingga kertas-kertas berselerakan.
Mark mendengus kasar, rambutbya dikuak ke belakang. "Bodoh, dia memang pandai. "
"Yuta, nanti inform kat semua orang kita ada meeting petang nanti. Aku ada hal nak uruskan sekarang. " ujar Taeyong lalu dia keluar dari bilik itu.
Mark turut bangun dari duduknya, ingin melangkah keluar namun langkahnya terhenti apabila Jungwoo memanggilnya.
"Yah nak ke mana? Kau tu injured- "
"Aku nak pergi bilik latihan. " ujarnya lalu menapak pergi dari situ.
"Mark! Aish, tangan dia tak sembuh lagi-"
"Biarkan dia Jungwoo, kau macam tak kenal dia. Kalau dia marah, bilik latihan yang dia pergi untuk melepaskan kemarahan dia. " Yuta menyampuk, tahu sangat dengan perangai Mark.
"Tch, budak degil. "
***
"Tak ada tempat lain ke nak pergi? " soal Jaemin, mengeluh perlahan. Jaehwa mencebikkan bibirnya.
"Ala, aku tak pernah pergi sini. Jom lah Jaemin, kesiankanlah kembar kau yang comel ni. " Jaehwa mengedipkan matanya berkali-kali.
Jaemin memutar bebola matanya. "Heh, berhenti buat muka macam tu. Kau fikir aku akan cair? "
"Alah kau ni, kali ni je, boleh lah, boleh kan? " Jaehwa menarik-narik lengan baju Jaemin, masih memujuknya.
BINABASA MO ANG
cold. ml
Fanfiction"ᴀᴋᴜ ᴛᴀᴋ ᴘᴇʀɴᴀʜ ᴋɪꜱᴀʜ ᴋᴀᴜ ᴅᴀʀɪ ᴍᴀɴᴀ ᴀᴛᴀᴜ ᴀᴘᴀ. ʏᴀɴɢ ᴘᴇɴᴛɪɴɢ ꜱᴇᴋᴀʀᴀɴɢ ɴɪ, ᴋᴀᴜ ᴍᴀᴛɪ. " ᴍᴀꜰɪᴀ ꜱᴇʀɪᴇꜱ (2) ⚠️ ᴛᴡ ⚠️ ; ᴄᴏɴᴛᴀɪɴꜱ ɢ*ɴ ᴀɴᴅ ᴠ!ᴏʟᴇɴᴄᴇ ᴀ ᴍᴀʀᴋ ʟᴇᴇ ꜰᴀɴꜰɪᴄᴛɪᴏɴ, 2021