#28

1.8K 322 129
                                    

"NA JAEHWA!!! " Jaemin merentap pergelangan tangan Jaehwa kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"NA JAEHWA!!! " Jaemin merentap pergelangan tangan Jaehwa kuat.

"Yah, kau sedar tak dia pun mafia? Diorang semua mafia, apa bezanya dengan aku? Aku abang kau, tapi kau lagi percaya dia yang kau kenal entah berapa minggu ni? " Jaemin menudingkan jarinya ke arah Mark.

Jaehwa mengetap bibirnya, dia buntu.

"Dia baik, Jaemin. "

Donghyuck tertawa sinis. "Baik? Kau cakap dia baik? Kau sedar tak dia hanya perangkap kau? "

"Lee Donghyuck, stop speaking nonsense. " Mark memberi amaran, dia baru ingin mengeluarkan pistol miliknya, tetapi dia teringat yang Jaehwa masih trauma, jadi dia menyimpan kembali pistol miliknya.

"Speaking nonsense? Lee Minhyung, kau tak ingat kejadian dua tahun lepas? " Donghyuck memandang tajam ke arahnya.

"Kau biarkan Haerin mati depan mata kau, depan mata aku! Kau fikir aku boleh lupa?! Kau couple dengan kakak aku, lepastu at the end kau tak selamatkan dia pun. " ujar Donghyuck, membuatkan Jaehwa tergamam.

Donghyuck menoleh ke arah Jaehwa. "Kau masih nak bela dia? Kau nak jadi mangsa dia yang seterusnya? "

"Dia biarkan kakak aku mati depan mata aku, kau sanggup nak duduk dengan dia lagi? " soal Donghyuck lagi, membuatkan Jaehwa terdiam seribu bahasa.

Mark kaku di tempatnya, dia tidak melawan apa yang dikatakan Donghyuck sebab semuanya benar.

Dia bercinta dengan Lee Haerin, kakak kepada Donghyuck dan semestinya Donghyuck membencinya sekarang kerana dia penyebab kakaknya mati.

"Mark... " Jaehwa menatap Mark tidak percaya.

Mark tidak suka pandangan itu. Dia merasakan dirinya jahat kerana tatapan itu. Dia merasanya dirinya sangat teruk.

Jaehyun juga tidak tahu ingin berbuat apa, sekarang semuanya sudah kacau-bilau.

"Aku tak tahu apa yang kau orang semua dah buat pada Jaehwa, tapi aku tak akan maafkan korang. " Jaemin berdecit perlahan, mendukung tubuh Jaehwa.

"Jaemin, Mark-"

"Diam Jaehwa, kau masih nak bela pembunuh macam dia? " Jaemin memandang Jaehwa tajam, selepas itu dia dan Donghyuck mula melangkah keluar dari bilik itu.

"Jaehyun... " Jaehwa mengetap bibirnya, tubir matanya berair memandang wajah Jaehyun sekilas lalu.

Jaehyun memandangnya sayu, dia tahu Jaehwa menginginkan penjelasan darinya, Jaehwa tahu Mark bukanlah seteruk itu.

Perasaan Mark bercampur-baur ketika ini. Tak mampu dijelaskan dengan kata-kata.

"Kalau kau betul-betul team 127 , kau tak buat semua ni. "

***

Jaehwa hanya mengurungkan dirinya di dalam bilik dan menangis, entah sebab apa pun dia tidak tahu.

cold. mlWhere stories live. Discover now