#37

2K 331 157
                                    

Halal la satu vote

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Halal la satu vote . Btw aku guna ipad so mesti byk typo nnti lol.

***

"Kau okay je Jaehwa, kenapa Mark garang pula dengan kau? " soal Ten setelah mereka sesi pertama mereka.

"Dia beku, kau tahu tak? Aku rasa tercabar setiap kali dia membebel pasal benda ni, apa dia fikir aku sengaja ke tak reti semua ni? " Jaehwa mendecit perlahan, meneguk rakus air mineral di tangannya.

Ten hanya menggumam perlahan. "No wonder, dia memang beku. "

Jaehwa mengangkat bahunya. "Itulah, nasib baik sekarang beku dia dah kurang sikit, tak adalah aku syok sendiri bila bercakap dengan dia. "

Ten tersenyum kecil. "Dia dah buka hati untuk kau lah tu. "

Jaehwa menumbuk bahu Ten perlahan. "Memandai. Senyap. "

"Eleh malu malu pula, tapi sebenarnya mahu! " usik Ten lagi dan Jaehwa bangun, mengejar Ten dan berlari di dalam bilik latihan itu.

"Okay we should stop, let's continue our training. " Ten berhenti berlari, membuatkan Jaehwa mencebikkan bibirnya.

"Baru berapa minit rehat. Tapi better daripada Mark yang tak ada rehat pun. " Jaehwa tidak habis habis mengutuk Mark.

Ten tertawa sekilas. "Come on, tadi hanya latihan asas. Taeyong hyung kata kau ada trauma, jadi kau okay ke kalau kita nak berlatih dengan pistol? Ataupun kau nak berlatih pakai anggota badan dulu? " soal Ten.

Jaehwa masih belum bersedia untuk berlatih menggunakan pistol, dia takut dia akan sukar untuk bernafas dan jadi panik.

"Uhm, anggota badan dulu boleh? "

"Boleh boleh. Berdiri depan aku. " arah Ten, lalu Jaehwa berdiri di hadapannya.

"Kalau kau nak serang orang, kau patut silangkan kaki kau dengan kaki dia dan buat dia automatik jatuh, senang je. "

"Oh, aku macam tahu. Macam ni ek? " Jaehwa menyilangkan kakinya di belakang kaki Ten dan disepak ke hadapan, membuatkan Ten terjatuh di atas lantai namun sempat untuk dia menahan dirinya.

"Damn, bagi signal la kau nak serang aku! "

"Hehe, maaf. " Jaehwa menolong Ten untuk bangun semula.

"Ha, macam tadi pun dah okay. Oh aku nak ajar kau satu benda, gerenti kau akan okay je bila lawan dengan siapa-siapa. "

Jaehwa mengangkat keningnya. "Apa? "

Ten tersenyum sekilas. "We will see. "

***

Mark melabuhkan punggungnya di atas sofa di ruang tamunya, jaket kulitnya dilepaskan dan entah dicampak ke mana mana, suhu aircond diturunkan secara mendadak.

cold. mlWhere stories live. Discover now