#16

1.7K 283 77
                                    

"Semua okay ke? " soal Taeyong, melihat ke arah rakan-rakannya yang hanya berbual di ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Semua okay ke? " soal Taeyong, melihat ke arah rakan-rakannya yang hanya berbual di ruang tamu.

"Jungwoo je lah yang cedera, dia masih pening-pening lagi kat dalam bilik, so aku suruh dia tidur. " jawab Yuta.

"Mana Jaehwa? "

"Dia dekat rumah Mark lah, rehat. Trauma dia teruk juga. " balas Jaehyun, matanya masih fokus memandang skrin telefonnya.

Taeyong menganggukkan kepalanya, menghulurkan beberapa helaian kertas ke arah mereka. "Ini, hasil yang aku dan Jaehyun dapat semalam. "

Johnny mengambil kertas itu dan membeleknya seketika, kemudian dia memandang Taeyong semula.

"Ni pasal apa pula? "

Taeyong melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan mereka. "Appa aku. "

Semua mata memandang ke arah Taeyong, menginginkan penjelasan.

"Choi Taejin... Kawan baik ayah aku. " mereka membulatkan mata mereka, ada yang menekup mulut kerana tidak percaya.

"Dan apa jadi? "

"Appa aku... Appa aku target dia seterusnya. " Taeyong melepaskan keluhannya, memicit dahinya.

"Macam mana? Kenapa pula? Bukan dia kawan baik dengan appa kau ke?" tanya Taeil, tidak faham.

Taeyong menguak rambutnya ke belakang. "Kau tak faham ke, Taejin tu gila kuasa? Bila dia nak sesuatu, dia sanggup buat apa-apa je. "

"Jadi apa plan kau? "

Taeyong terdiam seketika. "Aku fikir nak serang tempat dia, tapi dia ada ramai orang bawahan dia, kita akan tewas. "

Mereka berfikir sejenak. "Kau... Nak gabung dengan Team lain? " cadangan Doyoung membuatkan mereka menggelengkan kepalanya laju.

"Kau gila? Kalau diorang ada muslihat lain macam mana? " Yuta membantah keras.

"Hm, tak apalah. Nanti aku fikir-fikirkan macam mana. Korang rehat lah. " ujar Taeyong, membawa dirinya menuju ke bilik kerjanya.

***

Jaehwa mencengkam selimut itu kuat, badannya menggeletar ketakutan. Ya, dia terbayangkan lagi kejadian itu.

Jaehwa membuka matanya, melihat sekeliling biliknya yang gelap. Dia menggigit bibir bawahnya, melihat jam di dinding bilik itu.

Pukul 4:21 am.

Selalunya kalau dia terjaga, dia tidak boleh tidur semula, melainkan Jaemin ada di sebelahnya dan dia berasa selamat apabila Jaemin tidur dengannya.

Tapi kali ini Jaemin tiada, macam mana dia nak rasa selamat?

Dia menapak keluar dari biliknya, menuju ke arah ruang tamu yang gelap itu.

cold. mlWhere stories live. Discover now