#11

1.6K 252 98
                                    

Jaehwa berjalan sekeliling rumah Mark sebaik sahaja Jaehyun pergi meninggalkannya lagi, bersama dengan Mark

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jaehwa berjalan sekeliling rumah Mark sebaik sahaja Jaehyun pergi meninggalkannya lagi, bersama dengan Mark.

"Besar do rumah dia... " gumam Jaehwa perlahan, dia melihat rumah Mark yang tampak kaya dan elegant itu. 

"Dia kerja bunuh orang je, dapat duit banyak boleh beli apartment sebesar ni? " kini Jaehwa menjejakkan kakinya di bilik tetamu.

"Wahhhh.... " dia meneliti bilik itu dengan penuh takjub, perlahan-lahan menyentuh barang yang tampak mahal di atas meja di dalam bilik itu.

"Kau buat apa dalam ni? " satu suara menyergahnya dari belakang, sekaligus membuatkan Jaehwa tersentak.

Dia menoleh memandang pintu bilik, melihat Mark menyandarkan tubuhnya ke pintu.

"A-ah, aku-"

"Siapa benarkan kau masuk bilik ni? " soal Mark lagi, mukanya yang beku beserta intonasi suaranya yang mendatar membuatkan Jaehwa menggosok belakang tengkuknya perlahan.

"Aku cuma nak tengok-tengok... " Jaehwa mengetap bibirnya perlahan, takut juga Mark memarahinya.

Mark mendecit perlahan. "Peraturan apabila kau menumpang rumah orang, jangan buat macam rumah sendiri. "

Jaehwa menundukkan kepalanya, mengangguk sikit. "Maaf. "

"Keluar sekarang. Jangan masuk bilik lain sesuka hati kau je. " kata-kata Mark seperti menyindirnya, tetapi memang betul pun.

"Nae, maaf... " Jaehwa cepat-cepat melangkah keluar dari bilik itu, menuju ke ruang tamu.

"Tch, kenapalah rumah aku jadi mangsa. " Mark mendengus perlahan, mengorak langkahnya menuju ke biliknya.

Jaehwa hanya duduk diam di ruang tamu yang luas itu, tidak tahu ingin membuat apa.

Jam sudah menunjukkan pukul 10:39 pm, tetapi Jaehwa masih segar. Yelah, selalunya dia tidur lambat sebab tengok drama dengan Jaemin.

Sekarang Jaemin pun tak ada, drama lagi lah tak ada.

Jaehwa mengeluh perlahan. Nak ajak berborak dengan Mark, dia beku je memanjang. Entah apa salah dirinya sehingga dilayan sebegitu oleh Mark.

"Jaemin, tolong aku. " Jaehwa ingin memegang rantai kepunyaannya yang dihadiahkan oleh eommanya untuk kali terakhir, namun tiada.

Dia melihat lehernya, tiada rantai yang tergantung di lehernya.

"Tercicir? Andwae, " matanya memanas, mengingatkannya kembali betapa berharganya rantai itu baginya.

"Andwae... "

***

"Aku dah dapat maklumat baru. " Jungwoo bersuara, pandangannya dialihkan dari skrin komputer ke arah rakan-rakannya yang lain.

cold. mlWhere stories live. Discover now