#9

1.6K 372 154
                                    

Badan Jaehwa dicampak ke atas lantai, membuatkan dia mengaduh sakit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Badan Jaehwa dicampak ke atas lantai, membuatkan dia mengaduh sakit.

"Bagitahu aku, mana dokumen tu? " lelaki itu menyoal, melutut di hadapan Jaehwa yang masih menangis tersedu-sedan.

"A-Aku tak tahu-"

Lelaki itu menampar pipi Jaehwa kuat, sehinggakan Jaehwa dapat merasakan darah di dalam mulutnya, menahan sakit akibat tindakan lelaki itu.

"Jangan buat buat bodoh, perempuan. Aku tahu kau tahu apa yang diorang buat sebab kau orang diorang! " lelaki itu menengking, membuatkan badan Jaehwa menggeletar ketakutan.

"Seungmin, geumanhae. Aku rasa memang dia tak tahu. " ujar lelaki yang lain, memberhentikan lelaki bernama Seungmin yang hampir memukulnya lagi.

Dia mendecit kasar, menguakkan rambutnya kebelakang.

"Takpe, aku dah bagi isyarat kat Taeyong. Kalau dia tak datang within 15 minit, kita bunuh saja dia ni. " kata-kata lelaki itu membuatkan Jaehwa membulatkan matanya.

"T-Tak, t-tolong-"

Kata-kata Jaehwa terhenti apabila Seungmin menghalakan pistol ke dahinya, matanya mencerlung tajam ke arah Jaehwa.

"Diam, atau aku tembak kau sekarang juga. " serta merta Jaehwa menutup mulutnya, tidak berani selepas mendengar ugutannya itu.

"Haih, menyusahkan. " Seungmin menolak tubuhnya sehingga terbaring di atas lantai itu.

"Jaga dia Hyunjin, aku nak tengok kat depan. " ujarnya lalu terus melangkah keluar dari situ, meninggalkan Jaehwa dan lelaki bernama Hyunjin itu.

Jaehwa merintih sayu, badannya sakit-sakit, tambahan pula pipi dan bibirbya terasa bengkak akibat tamparan Seungmin tadi.

"J-Jaemin... "

***

Jaehyun memberhentikan kereta, kemudian mengarahkan yang lain untuk keluar dari perut kereta.

"Aku rasa diorang ada jaga depan ni, Mark, kau ikut pintu belakang dan cari Jaehwa. "

Mark mendecit seketika, memutarkan bebola matanya. "Aku lagi. "

"Mark Lee. " Johnny memandangnya tajam, dan Mark hanya menatapnya kosong sebelum menjawab, "Ya, aku pergi la ni. "

Mereka mula berpecah, kelima-lima mereka menuju ke bahagian hadapan markas itu, manakala Mark menuju ke bahagian belakang markas.

Mark membetulkan seketika pistol di waistband nya, menggigit lip ring yang terletak di bawah bibirnya.

Dia mula memanjat dengan tangkas, sehinggalah matanya tertancap pada suatu bilik yang samar samar dengan cahaya lampu.

cold. mlWhere stories live. Discover now