TDLM - bab 43

12.2K 534 12
                                    

Awal pagi lagi Medina sudah bangun untuk menyiapkan sarapan pagi iaitu nasi lemak. Semalam dia sudah memberitahu Dhiya dia yang akan memasak.

Kehadiran sesorang yang dia sedari muncul disebalik anak tangga dipandang seketika lalu senyuman menghiasi wajah.

"Dari atas lagi boleh bau." Aroma santan dan daun pandan menghiasi dapur.

"Dhiya mana?"

"Dekat atas lagi." Kerusi ditarik untuk duduk.

Baru sahaja dia ingin menanyakan soalan, loceng pintu rumah kedengaran diselangi dengan orang memberi salam.

Tangan yang agak comot dibasuh lalu dilap. Kaki diangkat menuju ke pintu utama untuk mempersilakan tetamu masuk.

Semalam dia ada menjemput Hadi dan Iman untuk bersarapan sekali, alang-alang itu boleh dia beritahu tentang berita dia sedang mengandung.

"Bila sampai?" soal Iman sebaik sahaja pelukan dileraikan.

Mereka bertiga berjalan menuju ke meja makan besar. Lauk pauk serta beberapa kuih yang dia beli di gerai hujung jalan sudah tersedia.

"Semalam." Pinggan diedarkan, dibantu oleh Kasyaf. "Dalam petang lepas Asar macam tu."

Jawapan itu dibiarkan. Sebenarnya dia agak terkejut apabila diberitahu Medina ada di sini. Tiba-tiba sahaja. Lagi terkejut sebenarnya bilat ahu Kasyaf ada sekali.

Dia agak bahawa sahabatnya ini masih belum tahu akan hal Dhiya dan Kasyaf.

Biarlah, biar mereka selesaikan sendiri. Dia tidak mahu masuk campur. Lagipun siapa suruh mulakan hal yang tidak masuk akal ini.

Beg tangan diletakkan ke kerusi kosong. Anak-anaknya tidak dating kerana malam tadi menginap di rumah ibunya memandangkan mereka berdua bekerja hingga lewat malam.

"Dhiya mana?" kepalanya dipanjangkan mencari kelibat wanita itu. Mana tahu ada di dapur basah.

"Dekat atas lagi," Medina menjawab.

"Kenapa dekat atas lagi?" sempat dia lihat jarum jam, sudah makin menghampiri angka 9.

Medina pandang Kasyaf, memberi isyarat supaya dia menjawab kerana dia tidak tahu.

Kasyaf berdehem kecil. Pagi-pagi seperti ini suaranya masih serak. "Tak bangun lagi."

"Tak bangun lagi? Biar betul?" jarang sangatlah Dhiya menyambung tidur selepas subuh.

Setiap pinggan sudah disenduk dengan nasi.

Perasaan tidak sedap hati mula menguasai diri. "Tadi pagi dia tak bangun subuh ke?"

"Tak."

"Kenapa?"

"Dia period rasanya."

Iman dan Hadi saling bertatapan. "Mana tahu?" seperti seorang polis, Iman menembak Kasyaf dengan soalan selepas satu soalan dijawab.

Seketika Kasyaf pandang anak tangga, terasa seperti ada orang turun tapi tiada. "Masa saya nak kejut subuh, saya nampak ada tompokan darah. Lagipun dia tak bangun subuh, period lah tu."

Tidak sampai hati pula untuk kejutkan Dhiya, jadi Kasyaf biarkan sahaja. Nanti selepas Dhiya bangun nanti, akan dia tolong bersihkan katil.

Mendengarkan jawapa itu, hampir gugur jantung Iman. Lengan suaminya digenggam erat. "Abang. Dhiya, bang."

Hadi juga seperti Iman, risau lebih-lebih lagi semalam dia ada nampak Dhiya seperti tergesa-gesa meninggalkan hospital.

Terus sahaja Iman berlari naik ke tingkat atas diikuti dengan Hadi dari belakang.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now