TDLM - bab 35

11.1K 484 13
                                    

Pakaian yang sudah sedia dilipat dimasukkan ke dalam beg bagasi kecil. Bagasi itu kemudiannya dizip dan diletakkan di tepi almari.

Esok giliran Kasyaf balik ke Kuantan. Begitu lah rutin mingguan Kasyaf hampir 6 bulan yang pejam celik, pejam celik masa beredar dengan pantas.

"Okay."

Medina masuk ke dalam bilik air untuk mencuci muka dan mengambil wuduk. Malam semakin larut, dia pula sudah semakin mengantuk.

Tidak lama, mungkin dalam 10 minit dia keluar kembali sambil mengelap muka menggunakan kain tuala kecil lalu dicampak masuk ke dalam beg laundry.

Dia daratkan punggungnya ke atas kerusi meja solek, mula mencalit alat penjagaan muka pada wajahnya.

"Oh ya, you jangan lupa ajak Dhiya, majlis hujung minggu ni."

Kasyaf yang duduk bersandar di kepala katil sambil membaca buku Surrounded by Idiots angkat muka. Dia tolak kaca mata yang turun sampai ke tulang lembut hidung.

"Perlu ke? I takut dia tak selesa." Lagi satu, Kasyaf tidak mahu Dhiya bertemu dengan uminya kerana wanita itu kurang selesa akan kehadiran Dhiya dalam keluarga mereka.

Dahi berkerut seribu? Soalan apa itu? Dia pandang Kasyaf kemudiannya bangun pergi ke arahnya lalu duduk di tepi katil, di tepi Kasyaf.

Tangan Kasyaf diraih, "Kenapa pula?"

"Umi."

Pendek tapi Medina faham. "I ada, you jangan risau." Tidak sedap pula rasa kalau tidak menjemput Dhiya kerana ini majlis keluarga.

Mereka diam.

Kasyaf kemudiannya kembali memandang buku membaca baris yang entah berapa kali dia tidak beralih kerana fokusnya sudah hilang.

Hubungan di antara Dhiya dan keluarganya terutama Puan Azizah agak rumit, boleh dikatakan seperti dalam drama-drama melayu di mana ibu mertua tidak menyukai menantu.

Ya, boleh dikatakan begitu.

Tetapi tidak lah teruk mana, tidak sampai tahap Puan Azizah menyuruhnya untuk menceraikan Dhiya. Cuma, tidak suka apabila nama Dhiya dipetik. Pasti akan mengelak.

"Sayang." Hangat tangannya memegang pipi Kasyaf yang sejuk, mungkin kerana angin penghawa dingin ditambah pula dengan kipas.

"Hmm." Mata tidak beralih dari memandang buku. Pandang sahaja, buka baca. Bila panggilan sayang disebut, ada lah tu yang Medina ingin dari dia.

Senyuman nipis dia ukir. "I tahu mungkin you masih tak boleh nak terima apa yang berlaku antara kita bertiga."

Telinga Kasyaf mendengar.

"Tapi I harap you boleh buka hati you untuk terima Dhiya, belajar untuk cinta dan sayang dia macam mana you cintakan I. You kena adil pada dia sebagaimana you lakukan pada I. Walaupun hati you dibahagikan kepada dua, I tahu rasa sayang dan cinta you pada I takkan berkurang sebab I ikhlas terima Dhiya."

Kasyaf masih diam.

Apa yang berlaku berbulan yang lalu, Kasyaf masih merasa bersalah. Itu hak Dhiya sebagai isteri tapi akalnya merasa bahawa dia seolah-olah mencurangi Medina.

Dia tidak mahu membuka pintu kepada Dhiya kerana hakikatnya Kasyaf tidak mampu untuk membahagiakan Dhiya apatah lagi menyayangi dan mencintainya sebagai isteri.

Untuk berlaku adil secara batin, Kasyaf tidak mampu.

Tangan dijatuhkan lembut. "I betul-betul ikhlas terima Dhiya. Tidak ada sebesar zarah rasa cemburu I pada dia."

Sudah hampir memasuki separuh tahun Kasyaf dan Dhiya berkahwin, tapi dapat Medina rasa masih ada jarak antara mereka. Dan Medina tidak mahu jarak itu ada.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now