TDLM - bab 39

11.5K 544 25
                                    

Dhiya duduk berpeluk tubuh di buaian besi. Pandangannya tidak ke mana-mana hanya di taman bunga yang semakin membuahkan hasil.

Dia nampak Mak Su Nora yang keluar dari rumahnya. Tadi wanita itu meminta sedikit tempoyak. Niatnya untuk mengambil dihalang mak su kerana katanya dia boleh sendiri.

Sejak kejadian tempoh hari apabila Puan Azizah datang ke rumahnya, Dhiya banyakkan berfikir. Berfikir arah tujuan perkahwinannya.

Patut atau tidak dia terukan perkahwinan ini atau mengundurkan diri membiarkan hanya Medina wanita yang bertakhta di hati Kasyaf.

Mak su ambil tempat di hadapan Dhiya. Anak saudaranya dipandang sekilas.

Sejak akhir-akhir ini dia banyak termenung, berkurung dalam rumah. Hari ini baru nampak bayang di luar.

"Dhiya okay? Fikir pasal apa?" semua ini berlaju setelah wanita itu datang. Tempoh hari dia ada nampak rumah Dhiya yang didatangi orang.

Apabila ditanya siapa, Dhiya jawabkan sahaja ibu mertuanya yang datang. Ditanya kenapa datang, katanya melawat.

Tapi Mak Su Nora tidak rasa itu sebab Azizah datang memandu seorang diri dari Kuala Lumpur seorang diri. Pada hari bekerja pula tu, seakan-akan tahu Dhiya ada di rumah.

Lagipun perubahan yang berlaku pada Dhiya terjadi selepas Azizah datang. Jadi dia mengagak semuanya berkait.

"Mak su."

"Ya." Pandangan mereka bertemu.

Bibir dikemam, "Mak su rasa—" Dhiya kembali jatuhkan pandangannya. "Andai kata Dhiya ini bukan anak saudara mak su, tiada kaitan apa-apa, mak su rasa Dhiya ni perampas ke?"

Rupanya itu yang difikirkan oleh Dhiya sejak dua menjak ini. Adakah Azizah datang dan menyerang Dhiya? Lagipun dia tahu ibu mertua Dhiya tidak berapa berkenan dengannya.

"Dhiya ni perosak rumah tangga orang ke?" tambahnya lagi. Suaranya mendatar, tidak berperasaan.

Nora mengeluh panjang. Susah soalan ini. Dia percaya setiap orang mempunyai pandangan masing-masing bergantung pada situasi. "Mak su akan menjawab secara general."

Dhiya pandang mak su kembali, telinga dipasang sedia untuk mendengar.

"Tidak ada mana-mana perempuan yang menyayangi suami dan perkahwinannya sanggup bermadu. Mak su sendiri tak sanggup. Tapi kita bercakap tentang rahsia jodoh, perkara yang sudah tertulis di luh mahfuz. Jodoh kita dengan siapa, setakat mana, bagaimana semua itu sudah tertulis."

"Jadi sudah tertulis dalam takdir Allah jodoh Dhiya adalah dengan Kasyaf, melalui Medina. Bagaimana dan mengapa kita sendiri dapat melihat. Medina yang seorang kuat kerana dapat menerima semua ini, begitu juga dengan Dhiya," berhenti seketika, Nora membasahkan bibir kemudiannya menarik nafas.

"Tidak istilah untuk mengatakan Dhiya seorang perampas sedangkan Dhiya tidak merampas apa-apa dari Medina, iaitu Kasyaf. Kamu berdua hanya berkongsi. Itu ada lah jalan cerita takdir kamu bertiga. Medina masih isteri Kasyaf, mak su percaya Kasyaf masih mencintainya seperti mana dulu dan tidak pernah berkurang. Jadi Dhiya tidak merampas."

"Dan untuk perosak rumah tangga, adakah Dhiya merasakan perkahwinan dan hubungan di antara Medina dan Kasyaf mulai goyah selepas Dhiya hadir? Mereka ada bergaduh?"

Setahu Dhiya tidak, mereka nampak seperti biasa-biasa sahaja. Tapi tidak tahu pula jika mereka yang menyembunyikannya dari Dhiya.

"Kalau tidak ada, Dhiya tidak merampas. Adakah setiap perempuan yang mengahwini suami orang perampas dan perosak rumah tangga sedangkan hubungan suami dan isteri yang lama masih sama? Ketika si isteri sudah redha dan ikhlas menerima kehadiran perempuan baru dalam hidup suaminya?"

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now