TDLM - prolog

36.1K 1.1K 73
                                    

2003,

Apabila terdapat seorang dua pelajar beredar dari papan notis di tingkat 2 blok akademik itu beredar, dia menolak tubuhnya untuk makin ke depan. Matanya dikecilkan sedikit untuk menambah fokus.

Tidak perlu mula dari atas kerana dia tahu tahapnya dia di mana, Dhiya mula mencari namanya bermula dari bawa daripada 4 helai kertas yang menempatkan nama serta nombor untuk peperiksaan percubaan SPM.

Dadanya menarik nafas lega apabila kertas terakhir tidak tersenarai namanya. Mujur tidak sebawah itu. Target Dhiya tidak mahu terlalu tinggi, cuma mahu dalam senarai 100 ke atas.

Mahu mengharap lebih tidak boleh kerana kertas peperiksaan sudah diedarkan kembali kepada pelajar dan Dhiya telah gagal untuk subjek matematik tambahan dan fizik.

Nur Nadhiya binti Mohamed Fauzi mana pernah lulus subjek matematik tambahan sepanjang dia mengambil subjek itu. Sadis? Mungkin ya. Siapa suruh tidak pandai.

Anak matanya terhenti pada nombor 99. Keluhan berat dilepaskan. Jatuh 15 anak tangga daripada keputusan yang lepas. Namun Dhiya tetap bersyukur kerana tidak lebih dari 100.

Nama pelajar yang mendapat nombor di atas dan di bawah namanya dibaca. Kepalanya mengangguk kecil..

"Weh, aku atas Dhiya lah." Suara seorang budak lelaki yang baru sahaja dengar dia bernafas sudah Dhiya tahu siapa kedengaran. Suara yang sangat menjengkelkan sehingga Dhiya kembali memandang keputusan peperiksaan, mencari nama lelaki itu.

"Aku tak kisah dapat nombor berapa asalkan atas Dhiya." Lelaki itu ketawa kegembiraan.

Geram di hatinya ditahan. Ingin sahaja dia mencarut segala jenis carutan yang ada dalam dunia. 'Sekurang-kurangnya aku dapat nama-nama Allah,' Dhiya menyedapkan hatinya.

Pelajar lain yang berada di belakang makin menolak antara satu sama lain untuk melihat nombor. Sudahlah menempatkan keputusan untuk semua tingkatan. Mana tak bersesak.

Tubuhnya makin ditolak ke hadapan. Masih ada lagi nama yang dia ingin cari. Kali ini dia perlu lihat dari atas.

Baru sepuluh saat mencari, nama sahabat baiknya sudah dijumpai. Nombor 6, berbeza jauh dengan keputusan Dhiya.

Apabila pelajar lain makin bersesak, Dhiya membuat keputusan untuk beredar. Lama-lama nanti semput pula. Lagipun sekarang ini waktu rehat untuk makan tengahari dan solat sebelum waktu prep pukul 3.30 petang nanti.

"Okay tak?" Dhiya mendekati rakan kelasnya, Adlin.

"Okay."

"Berapa?"

"67. Dhiya?"

"Nama-nama Allah." Giginya menyusun segaris senyuman lebar sebelum disambut oleh Adlin dengan tawa.

Tubuhnya dipusingkan melihat rakan kelasnya yang masih lagi bersesak di papan notis. "5 Al-Khawarizmi, dewan makan jom. Hari ni menu nasi ayam."

Itu lah Dhiya, untuk mengingati formula matematik tambahan amat susah namun tiada apa yang susah jika untuk menghafal menu dewan makan untuk sebulan.

Kelihatan hampir 7 orang perempuan mendekati mereka dengan riak muka yang mewakili keputusan yang diperolehi.

Itulah perempuan-perempuan kelas 5 Al-Khawarizmi seramai 11 orang. 2 orang lagi yang agak memulaukan diri daripada mereka entah ke mana.

Pelajar lelaki pula hanya 5 orang. Sedikit? Memang sedikit. Al-Khawarizmi adalah kelas terakhir daripada 5 kelas tingkatan 5 sekolah berasrama penuh itu. Kelas yang pertama ramai, tapi ramai perempuan lagi.

"Weh Muni, aku dapat nama-nama Allah." Saja Dhiya mengusik Munirah memandangkan perempuan itu menyandang jawatan sebagai naib presiden badar.

Munirah memberikan senyuman. "Alhamdulillah."

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now