TDLM - bab 51

10.3K 486 59
                                    

Pintu diketuk dari luar lalu tanpa menunggu jawapan, Kasyaf terus menolak daun pintu. Kelihatan Dhiya yang sedang mencuci sikatnya, rambut semakin gugur.

"Tengah buat apa?" walaupun sudah nampak, Kasyaf sekadar memulakan perbualan.

Dhiya tunjukkan gumpalan rambut yang gugur. "Bersihkan sikat."

Gumpalan yang dibuang ke dalam tong sampah kecil di bawah meja solek menjadi tetapan Kasyaf.

Dia turut perasan akan rambut Dhiya yang semakin gugur. Kalau bangun pagi, memang banyak kelihatan di atas katil. Mungkin kerana rawatan kemoterapi dijalankan beberapa kali sudah.

"Awak."

"Ya."

"Ada pencukur kan?"

"Yang untuk cukur rambut, misai semua tu ke?"

"Ada, kenapa?"

"Kalau awak tolong cukurkan rambut saya boleh?"

Kasyaf yang duduk di kerusi rotan pandang Dhiya pula. "Tak apa ke?"

Kepalanya angguk. "Tak apa, penat lah nak kutip rambut. Kalau saya sembuh nanti, boleh tumbuh balik." Dia sedapkan hati.

Walaupun sudah beberapa kali membotakkan kepala, kali ini masih tiada rezeki lagi untuk menyimpan rambut. Dalam kata lain yang sebenarnya adalah, sembuh.

"Okay. Bila."

"Lepas makan?"

"Okay."

Pehanya ditampar perlahan. Lupa pula tujuan dia masuk ke dalam bilik Dhiya. "Oh ya, jom makan."

Dahinya mengerut. "Dina dah balik ke?" tadi pun dia solat maghrib dan isyak secara berjemaah dengan Kasyaf dan Lasti sahaja, masih di pejabat.

Kasyaf menggeleng. "Belum, dia kata ada kerja lagi so dia suruh kita makan dulu."

"Okay."

Dia bangun dari duduknya mengambil kerusi roda yang berada di hujung katil. Kasyaf membantu Dhiya untuk duduk di kerusi itu.

Usai selesai, kerusi ditolak menuju ke dapur di mana Lasti sedang menyediakan makan malam yang sudah selesai dimasak.

APABILA keretanya memasuki kawasan parkir rumah, Medina sandarkan tubuh pada kerusi, menghilangkan penat.

Tadi terdapat kesalahan pada pembentangan yang akan dibentangkan pada esok hari jadi dia dan pekerja bawahannya perlu membaikinya terlebih dahulu sebelum dibenarkan pulang.

Lagipun Medina bukan seorang yang membawa pulang kerja ke rumah. Dia lebih kepada seseorang yang akan menyiapkan kerja di pejabat atau akan disambung pada esok hari sahaja.

Beg tangan dan computer riba yang berada di tempat letak kaki penumpang sebelah pemandu diambil.

Sempat anak matanya melirik ke arah jam kereta, sudah pukul 10:14 malam.

Kereta dikunci lalu dia mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Telinga menangkap bunyi televisyen dipasang, mungkin Kasyaf sedang menonton.

Kaki terhenti di ruang tamu melihat Kasyaf yang sedang mencempung Dhiya yang tidak sedarkan diri.

Dia agak cemas melihat Dhiya seperti itu. "Kenapa dengan Dhiya? Dia okay tak?"

"Shhh." Kasyaf menyuruhnya diam, atau lebih tepat sebenarnya adalah memperlahankan suara. "Dia tertidur."

Medina diam, menyembunyikan hati yang terasa. Rasanya suara dia tadi tidak lah kuat mana sehingga boleh mengejutkan Dhiya.

Anak mata pandang sahaja Kasyaf yang mencempung Dhiya masuk ke dalam bilik kemudian berhenti pada kerusi roda yang ada di tepi sofa.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now