TDLM - bab 20

13K 566 14
                                    

Hujung minggu itu baru sempat untuk Dhiya ke Kuala Lumpur untuk melawat Medina. Rasanya ini seperti baru semalam dia pergi ke rumah Medina untuk majlis doa selamat walhal sudah 3 minggu berlalu.

Di luar pagar rumah ibu bapa Medina, Dhiya nampak kereta Iman diparkir. Dia tidak tahu pula yang Iman berada di sini. tapi Dhiya sendiri tidak maklumkan sesiapa yang dia ingin datang pada hari ini.

Tubuhnya bolos dari perut kereta. Bunga mawar putih pula dibawa kali ini untuk memberikan sedikit keceriaan walaupun dia tahu tidak.

Loceng di tepi pintu pagar ditekan. Medina ada memaklumkan setelah pembedahan untuk mengeluarkan anaknya dari perut, dia berehat di rumah ibunya sahaja memandangkan Kasyaf sibuk bekerja, tiada sesiapa yang akan menjada di jika Kasyaf tiada.

Tidak menunggu lama di luar, pintu pagar dibuka kecil, muat untuk Dhiya masuk lalu ditutup kembali. Di muka pintu, Puan Suhaila sudah tersenyum, mengalu-alukan kedatangannya.

"Assalamualaikum, aunty." Tangan Puan Suhaila diraih sebelum dikucup.

"Waalaikumussalam, masuk lah."

Kasut ditanggalkan dia masuk ke dalam rumah yang tidak asing baginya lagi. "Awak berjanji ke nak datang? Iman pun datang hari ni."

Mereka berdua melabuhkan punggung di sofa ruang tamu. "Tak ada lah, aunty. Dhiya pun tak tahu yang Iman nak datang. Ni pun Dhiya datang tak bagitahu Dina."

Kepala dianggukkan faham. Ingatkan sudah berjanji. Baru sahaja ingin menyoal Medina kerana tahu lebih awal, sempat dia masak untuk mereka.

"Lama dah ke Iman sampai? Yang lain tak ada ke dekat rumah?" saja Dhiya beramah mesra dengan wanita yang sudah dia anggap seperti ibu sendiri.

"Ada lah juga dalam nak dekat sejam dah. Uncle dekat bilik, berehat katanya. Marissa pun ada dalam bilik dia."

Jawapan yang keluar hanya didengar. Medina punyai 4 adik beradik. Yang sulung perempuan dan setahu Dhiya dia tinggal di Johor bersama suami. Yang kedua lelaki, rasanya tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Manakala yang bongsu Marissa tinggal di sini memandangkan suaminya bekerja di offshore.

Puan Suhaila bangun dari duduk. "Tak apa lah, Dhiya naik atas dulu, nanti aunty bawakkan air."

"Eh tak apa aunty, Dhiya okay. Tak perlu susah-susah." Mata mereka berdua sebelum Puan Suhaila senyum sahaja. Meminta izin, Dhiya naik ke tingkat dua.

Terus sahaja daun pintu bilik Medina diketuk. Tanpa menunggu balas, pintu dibuka dan dapat dia lihat dua sahabatnya sedang duduk di balkoni.

"Dhiya." Lirih suara Medina panggil namanya kemudian dipaksa bibirnya untuk senyum. Terus sahaja Dhiya peluk tubuh yang makin susut berat badan jika mahu dibandingkan dengan kali terakhir mereka bertemu.

"Anak aku, Dhiya."

Belakang Medina digosok perlahan. Dapat Dhiya rasa air mata Medina yang jatuh membasahi bahunya. "Kau kuat, Dina."

Tapi kata-kata itu tidak mampu untuk menenangkan Medina apabila tangisannya makin kuat. Pelukan makin erat sebelum Iman turut menggosok belakang Medina, tidak tahu apa yang patut mereka lakukan saat ini selain berharap Medina akan kuat.

"IS she's okay?" sama-sama anak mata mereka pandang Medina yang sedang bersandar pada kepala katil. Tiada apa yang dia buat selain termenung, kadang-kadang ada juga sesekali air mata jatuh sebelum mongering di pipi.

Apabila helaan nafas dilepaskan, sudah Dhiya agak apa ingin dikatakan oleh Iman. "I'm afraid kesan kehilangan baby kali ni akan buat keadaan Dina tak stabil. Aunty cakap, she cried every night."

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now