TDLM - bab 69 [tamat]

29K 840 97
                                    

"Dhiya! Dhiya!" terasa tubuhnya digoncang kuat sambil sayup-sayup namanya dipanggil.

Dahinya berkerut lalu mata dicelik buka. Kelihatan Medina di depan mata dengan riak yang risau.

Melihatkan Dhiya yang sedar, terus Medina berlari anak membuka pintu sliding door yang agar sukar, mungkin kerana jarang dibuka.

"You! You!" Medina panggil Kasyaf yang kalut dibawah untuk membuka pintu kereta dari balkoni bilik ibu bapa Dhiya.

"Dhiya ada dekat bilik ni." Beritahunya apabila pandangan mereka bertembung.

Tidak jadi membuka pintu, Kasyaf yang berpakaian siap untuk solat Subuh masuk kembali ke dalam rumah.

Dhiya yang masih keliru pandang Medina yang mendekatinya kembali. Sempat dia pandangkan ke luar yang masih gelap.

"Kenapa ni Dina? Apa yang jadi?"

"Dhiya, kitaorang ingat kau pergi mana lah, pergi pantai ke apa. Aku bangun kau dah tak ada dekat sebelah."

Tadi waktu Kasyaf pergi ke bilik mereka untuk kejutkan Subuh, sedar-sedar sahaja sudah tiada. Di bilik air tiada, dipanggil-panggil juga tidak menyahut.

Jadi Medina buat kesimpulan bahawa Dhiya mungkin ke pantai seperti pagi penginggalan arwah ayah Dhiya.

Terus mereka kalut.

Sewaktu Medina naik ke bilik untuk memakai tudung, baru dia perasan akan bilik yang tidak tertutup rapat.

Nampak sekujur tubuh yang tidur di atas katil.

"Dhiya okay tak?" soal Kasyaf yang tercungap-cungap di muka pintu, berlari dari tingkat bawah.

Kepalanya diangguk kecil, "Sorry."

Pagi-pagi sudah kelam-kabut satu rumah.


KATA Dhiya dia mahu duduk berehat di sini selepas makan pagi, jadinya sekarang Kasyaf menemani Dhiya di kerusi batu tengah-tengah laman rumahnya.

Cuaca pagi ini sedang-sedang sahaja, tidak terlalu mendung tapi tidak terlalu terik walaupun menghampiri 10 pagi.

Ada awan yang menutupi matahari namun tidak menunjukkan tanda-tanda akan hujan.

Kasyaf pandang Dhiya yang sedang termenung lama.

Mengamati wajah itu satu persatu.

Cantik.

Tapi baru kini dia perasan betapa indahnya Dhiya.

Kedengaran Dhiya batut menamatkan pengamatan Kasyaf. "Nak air?"

Dhiya menjawab dengan gelengan. Dada diurut. Kerap pula dadanya sesak beberapa hari ini.

"Kenapa pandang saya macam tu? Ada nak cakap apa-apa ke?"

Perasan dirinya yang dicuri pandang oleh Kasyaf.

"Tak ada apa."

Tapi apabila Dhiya pandang ke lain, Kasyaf pandang Dhiya kembali.

Kata-kata Medina semalam bermain dalam kepala.

'Kalau you ada perasaan cinta pada Dhiya, I harap you bagitahu Dhiya sebelum terlambat.'

Permasalahnnya sekarang, adakah dia mencintai Dhiya. Jika ditanya pada diri sendiri, Kasyaf tidak tahu.

Dia tidak tahu adakah perasaanya cinta atau hanya sekadar kasih.

Kasyaf tidak mahu membohongi Dhiya pada akhir saatnya jika tidak, tapi pada masa yang sama Kasyaf mahu Dhiya tahu jika benar.

Cuma sekarang, Kasyaf yang tidak pasti dengan perasaannya sendiri.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now