TDLM - bab 3

17.1K 697 33
                                    

"Esok pukul 8 semua dah siap tau. Itinerary dah dapat kan? Tak nak ada lambat-lambat." Hanan yang berada di anak tangga chaletnya mengingatkan. Medina di hadapan sudah membuka pintu bilik mereka.

Iman menyelitkan rambutnya yang bertebangan ditiup angin di belakang telinga. Pedih pula anak mata apabila memasuki mata.

"Ya, ya. Lepas subuh aku dengan Iman tak tidur, terus siap-siap." Balas Dhiya sambil berpeluk tubuh kerana disapa angin malam.

"Terutama sekali Dina. Nanti nak pakai tudung belit sini, belit sana pula. Pakai tudung sarung tak nak pula." Medina menjadi mangsa bebelan Iman.

Kebiasannya memang Medina yang akan mengambil masa untuk bersiap lebih lama kerana perlu menggayakan tudung, bersolek lagi. Tapi mereka semua akui Medina lah yang paling cantik antara mereka. Tanpa bersolek mahupun bersolek.

"Aku pula yang kena," jawab Medina yang sudah memasuki bilik kembali keluar apabila namanya diseru. Malam-malam begini ada yang mahu melihat adegan menarik rambut kah?

Bibirnya menjuih kecil. "Cakap je."

Tidak membalas, Medina hanya masuk bilik. Seketika menjadi senyap. Medina memang begitu. Tiada siapa yang dapat mengagak moodnya bagaimana. Jangan sesekali disentuh, nanti jadi begitu.

"Tu kah kau. Kan dah kena." Dhiya memandang Iman.

"Cakap je." Iman mempertahankan dirinya.

Keluhan panjang dilepaskan. "Dah lah, nanti dia okay lah tu. Esok jangan lambat. 8 on the dot." Sekali lagi Hanan mengingatkan sebelum masuk ke dalam chalet.

Dhiya menghadiahkan sebuah pandangan kepada Iman sambil mengangkat kedua-dua kening.

"Ya Allah, aku tanya je."

"Aku tak cakap apa-apa."

"Ye lah tu, macam lah aku ni tak boleh baca muka kau." Ada kedengaran sedikit kekecewaan dalam suaranya. Mungkin kerana merasakan mereka menyalah dia membuat Medina seperti itu.

Pintu bilik dibuka menggunakan kunci yang disimpan oleh Dhiya. "Tak ada lah. Aku faham kau macam mana, aku kenal Dina macam mana. Aku tahu niat kau nak gurau je."

Seketika dia menjeling ke arah unit chalet sebelah, kediaman lelaki tadi. Sepertinya tiada orang kerana lampu dari dalam tidak terpasang.

Mereka berdua masuk ke dalam bilik sebelum mengunci dari dalam. Hari ini tiada aktiviti yang dilakukan. Selepas makan tengahri, mereka jalan-jalan di sekitar chalet. Mungkin kerana panas, mereka berehat di bilik sehingga maghrib.

Selepas isyak, mereka sekali lagi keluar untuk makan tengahari dan sekadar berjalan-jalan di tepi pantai. Ramai juga pengunjung yang mengunjungi pantai walaupun sudah malam.

Pap!

Tubuh Dhiya ditampar lembut oleh Iman apabila dia berbaring di atas katil. "Mandi lah dulu sebelum nak tidur."

Segera dia bangun dan menukar kepada posisi duduk di hujung katil. "Aku dah mandi kan sebelum nak keluar tadi." Sebelum maghrib dia sudah mandi, masakan harus mandi lagi.

"Ya, tapi kita kan keluar, jalan jalan dekat pantai. Nanti pasir yang melekat ada dekat katil macam mana? Nak tidur miang nanti." Iman terus membebel.

Mulutnya mendengus kecil. Iman kalau bab membebel, kalah mak cik-mak cik di kampung. Baru sahaja dia ingin bangun, Iman menahan tangannya daripada pergi.

"Tadi masa nak makan tengahari kau kata ada benda nak cerita? Siapa lelaki yang tangkap gambar kita tadi?" teringat pula akan kejadian tadi.

Dahi Dhiya berkerut. "Ni nak suruh aku mandi ke nak dengar aku bercerita?" dia kembali duduk. Tiba-tiba rasa tidak sabar pula untuk bercerita.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now