TDLM - bab 5

14.7K 608 10
                                    

Dhiya hanya duduk di bangku bawah pokok rhu yang redup sambil memandang jauh ke pantai.

Mereka semua baru sahaja selesai bermain jet ski, termasuk dengan Kasyaf. Dilihatnya mereka sedang bermain dengan pasir manakala Kasyaf menangkap gambar.

Suka dia apabila melihat Kasyaf mula rapat dengan kawan-kawannya, cuma Medina mungkin masih memerlukan sedikit masa.

Tidak pula dia menyertai mereka kerana dirasakan sedikit letih. Banyak kali jatuh ke dalam air membuatkan dadanya sedikit sakit. Mungkin kerana air laut memasuki badannya.

Lagipun Dhiya memang cepat penat dan lelah. Sewaktu di bangku sekolah, orang lain aktif bermain sukan, paling tidak pun sewaktu mewakili rumah sukan.

Tapi Dhiya tidak pernah, paling aktif yang pernah dia buat hanya menjadi krew untuk perarakan rumah sukan.

Mahu kata dia mempunyai lelah, tidak pula. Mungkin memang jasadnya yang cepat penat.

Lagipun dalam kalangan mereka berempat, dia yang mempunyai badan yang lebih gempal. Tidak gemuk cuma yang paling berat diantara mereka.

"Jauh termenung." Teguran itu membuatkan Dhiya tersedar dari angannya. Tidak sedar pula sejak bila pula Kasyaf ada di sebelahnya.

Dia mengesot sedikit untuk membolehkan Kasyaf duduk di sebelahnya.

Mereka saling berganti senyuman apabila Kasyaf duduk di bangku. "Kawan-kawan awak tu hyperactive juga ya," ujar Kasyaf sambil melihat ke arah Iman yang sedang menangkap gambar menggunakan kameranya.

"Lagi-lagi Iman."

Tawa tercetus di antara mereka apabila mereka menyatakan hal yang sama serentak. Memang selalunya Iman yang paling kelakar dan aktif dalam kalangan mereka. Dhiya yang kedua dan raanya semua boleh agak siapa yang terakhir. Medina.

"Medina tu..." ayat Kasyaf terhenti. Kedua-dua mereka memandang Medina yang turut sama berposing untuk gambar. "...memang pendiam ke?"

Soalan itu membuatkan Dhiya tersenyum kecil. "Dia memang macam tu. Masa mula-mula dia masuk kelas kitaorang dulu, oh ya, dia dengan Iman form 4 baru, saya dengan Hanan sekelas sejak form 1. Kitaoran pun ingatkan dia pendiam, sombong. Turns out dia sama je macam kitaorang, crackheads juga. Let her be comfortable with you first."

Seringkali orang salah faham dengan Medina. Medina bukan sombong, dia cuma pemalu terutama sekalidengan orang yang baru dia kenal.

Kepalanya hanya mengangguk faham. Sejujurnya dia sudah nampak perubahan sikap Medina terhadapnya. Gadis itu sudah mula bercakap dengannya walaupun sedikit. Tapi itu sudah memadai, untuk mengelakkan mereka makin kekok. Terutama sekali mereka mungkin akan banyak berhubung di Jerman nanti.

"Dhiya!"

Dhiya memandang Medina yang memanggil namanya. "Mari lah sini! Kita tangkap gambar sama-sama!" laungnya sedikit kuat agar suara tidak ditenggelami oleh ombak pantai.

"Panggil Kasyaf sekali! Siapa nak tangkap gambar kita kalau bukan dia!" Kata-kata Iman membuatkan mereka berdua tergelak. Segera mereka berdua menuju ke arah mereka.

Asyik menangkap gambar untuk dijadikan sebagai kenangan, mereka balik kembali ke bilik apabila azan maghrib sudah berkumandang.

KEPALA hanya digelengkan apabila melihat Dhiya yang sedang asyik menghabiskan aiskrim mint chocolatenya walaupun angin malam yang dingin mencengkan sehingga ke tulang.

Melihatkan aiskrim itu sahaja sudah cukup membuatkan Medina merasa sejuk lantas dia memasukkan tangan ke dalam kocek sweater.

Mereka berdua hanya duduk berdua di meja batu tidak jauh dari chalet mereka. Hanan dan Iman sudah masuk ke bilik selepas makan malam kerana ingin berehat. Mungkin kerana letih dengan aktiviti petang tadi.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now