TDLM - bab 47

11.7K 505 14
                                    

"Ini last kan?" sehelai jubah hitam yang sudah dilipat rapi dimasukkan ke dalam beg bagasi.

"Ya."

Mendengarkan jawapan Dhiya, pantas sahaja jari Medina menarik zip untuk menutup beg yang sedang terbaring lalu kemudiannya dibangunkan.

Malam tadi juga Dhiya memberikan kata putus akan pelawaan Medina dan Kasyaf untuk membawanya balik bersama ke Kuala Lumpur.

Dan jawapannya adalah dia bersetuju.

Kenapa?

Entah lah, mungkin hobinya memang suka mendera perasaan sendiri.

Beg yang beroda itu dirapatkan dengan sebuah lagi beg bagasi yang lebih besar. Dhiya tidak membawa terlalu banyak barang ke sana. Sekadar mencukupi.

Dhiya yang sedang duduk di tepi katil didekati oleh Medina. Bahunya disentuh membuatkan Dhiya mengangkat muka memandang Medina.

Krim pelembap jenama CeraVe yang ada di tangan Dhiya dipandang. "Yang ni nak bawa sekali ke? Nak aku letak dalam bagasi?"

Kepala digelengkan. "Tak apa, nanti kalau dalam kereta pasang air cond, aku nak pakai sebab tangan aku cepat kering." Walaupun krim itu biasanya dipakai pada wajah, Dhiya gunakan juga pada anggota badan yang lain.

"Saya bawa turun ya beg ni."

Serentak mereka berdua memandang Kasyaf yang muncul di sebalik pintu.

Medina mengangguk membenarkan lalu segera Kasyaf menarik dua beg bagasi keluar dari bilik untuk diletakkan ke dalam kereta.

Dhiya membuang pandangan ke arah tingkap. Seberapa lama yang boleh, dia menikmati masanya yang berbaki sebelum dia pergi.

Tiba-tiba pahanya ditepuk membuatkan Dhiya tersedar dari lamunan yang entah berapa lama. Kepalanya dipusingkan memandang Medina yang sedang tersenyum.

"Jom, kalau lambat sampai KL, petang jam pula."

Beg tangan yang ada di sebelahnya ditarik lalu bangun mengekori Medina dari belakang.

Beberapa langkah sebelum anak tangga yang terakhir, Dhiya dapat melihat mak su dan pak su yang berada di ruang tamu.

Hujung jari Dhiya disentuh oleh Medina, "Aku pergi dekat Kasyaf dulu ya. Nanti panggil aku." Medina memberi ruang untuk mereka bertiga.

Setelah Medina berlalu pergi, pasangan suami isteri yang duduk di sofa didekati lalu dia duduk di sofa kosong.

Senyuman nipis terukir di wajah wanita yang sudah dia anggap seperti ibu sendiri. Sejujurnya dia sendiri sedih untuk meninggalkan rumah.

Ini kali pertama dia pergi. Lahir di Kuantan, membesar dan bersekolah di sini. Bahkan memasuki univesiti juga masih di dalam kawasan negeri Pahang. Bekerja apatah lagi, masih di sini.

"Dhiya jaga diri elok-elok ya dekat sana. Kalau ada apa-apa, call je mak su dengan pak su. Zara ke," pesannya sambil senyum kecil.

Dhiya angguk faham. "Mak su jangan risau. Insyallah, Dhiya dekat sana okay je."

"Dekat sana Dhiya fokus untuk rawatan je. Rumah, taman semua kami yang jaga ya." Sudah diberi titipan dan kunci rumah terlebih dahulu pagi tadi untuk menjaga rumahnya.

Tempoh berapa lama Dhiya akan duduk sana tiada siapa yang dapat mengagak jadi Dhiya tidak mahu rumah peninggalan arwah baba dibiarkan tidak terurus.

Bukan dia menyuruh mereka untuk mengemas. Sekadar memastikan tiada orang menceroboh. Juga jika sudah ditumbuhi dengan rumput liar, upah orang untuk memotongnya.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzKde žijí příběhy. Začni objevovat