TDLM - bab 25

12.4K 586 0
                                    

Dhiya langsung tidak rasa didesak dengan bunyi ketukan pintu yang diselami dengan salam walaupun sudah hampir dua minit lebih berbunyi.

Telefon di tangan bergetar tidak dijawab. Dia sedang mengambil langkah sambil lewa untuk ke pintu.

Sebaik sahaja daun pintu dibuka dari dalam, wajah Iman yang menginginkan penjelasan sambil menutup panggilan tadi sudah terpacul.

Dhiya masuk ke dalam rumah lalu diikuti oleh Iman dari belakang. "Dhiya, you need to explain everything to me."

Keluhan panjang dari mulutnya. Serabut. Penjelasan apa yang harus dia bagi kerana itu semua tidak akan menerangkan situasi sebetulnya yang dia hadapi.

"Duduk lah."

Mereka sampai di ruang tamu. Sempat Iman mengerling beberapa barang kahwin yang sudah dibeli.

"Kau nak air apa?"

"Aku macam perlukan air ke sekarang?" nadanya sedikit memerli. Jika ikutkan hari, pada saat dia membaca khabar itu lagi dia sudah datang bertanya tapi Dhiya halang.

Iman tahu dan faham bahawa Dhiya masih menyimpan perasaan terhadap Kasyaf tapi berkahwin dengan lelaki itu? Gila! Tidak masuk akal!

Harus diakui memang dia melebihkan Dhiya dalam setiap hal mereka kerana dia ada bersama Dhiya di saat dia jatuh tapi tidak perlu sampai perlu berkahwin dengan suami Medina.

Itu namanya merampas suami orang!

Dia tidak akan menafikan kenyataan itu hanya kerana Dhiya sahabatnya.

Mendengarkan jawapan itu, Dhiya hanya angguk lemah. Sungguh dia tidak mahu bertekak dengan siapa-siapa. Tidak larat dan tiada khudrat.

Dia labuhkan punggung di sofa ruang tamu lalu Iman mengikuti duduk bertentangan dengannya.

"Apa yang kau nak tahu?"

"Everything."

Hampir sahaja Dhiya tersenyum sinis tapi dia tahan. Memang Dhiya sudah agak ini akan menjadi reaksi Iman.

"Macam yang kau tahu, aku akan kahwin dengan Kasyaf."

"Ya, tapi kenapa?" rasa sebal pula apabila Dhiya seolah-olah ingin bermain tarik tali dengannya.

Nafas ditarik dalam, "Sebab Medina yang nak," lalu dihembus. "Ini permintaan dia dan aku? Aku hanya tunaikan permintaan dia sebagai kawan."

Jawapan itu membuatkan Iman tergelak mengejek. "Kawan? Look, Dhiya. Kita sama-sama tahu yang kau masih sukakan Kasyaf dan kau nak cakap dekat aku kau terima semua tu hanya disebabkan status kawan?"

Dhiya hanya pandang Iman, nampak sangat mukanya tidak berpuas hati.

"Kau tak boleh tipu aku, Dhiya. Everyone else but not me."

Tangan berpeluk pada tubuh. "Okay, kau betul. Memang aku masih suka pada Kasyaf. Jadi?"

"Jadi?" subhanallah, memang dia geram kerana Iman masih belum sampai pada titik yang dia inginkan. Kenapa Dhiya membuat keputusan seperti itu?

"Medina tak boleh terima yang dia gugur for the fifth times, so dia suruh aku kahwin dengan Kasyaf supaya aku boleh bagi dia anak."

Keluhan panjang dilepaskan. "That's the point. Kenapa kau terima? Kenapa dalam banyak-banyak orang Medina suruh kau? Kau tak rasa ke yang benda ni boleh rosakkan hubungan korang?"

"Aku hanya nak menumpang kasih. Salah ke?" suaranya lirih. Kenapa perlu jari ditunding ke arahnya? Hanan begitu, dan sekarang Iman juga?

Bibir dikemam. "Tak salah, tapi Kasyaf tu suami Medina, kawan baik kau sendiri."

[C] Tertulis Di Luh MahfuzDonde viven las historias. Descúbrelo ahora