TDLM - bab 50

12.3K 483 14
                                    

Jauh anak matanya memandang pemandangan kota yang dapat dilihat dari tingkap cermin biliknya.

Termenung sahaja, tiada apa yang bermain dalam fikirannya.

Dhiya pandang Lasti yang keluar dari bilik air dengan beberapa buah-buahan. Turut terdapat buah strawberi yang menjadi kesukaannya.

"Lasti."

"Ya. Dhiya nak apa-apa?"

Pagi tadi dia telah menjalani rawatan kemoterapinya yang pertama di hospital baru. Jadi dia perlu dimasukkan ke wad untuk pemantauan dan akan ditemani oleh Lasti di hospital.

"Siapa yang bagi buah tu?"

"Bunga?"

Sempat anak matanya menangkap bunga Chamomile segar yang sudah dimasukkan ke dalam vas. Seingatnya ketika di masuk ke dalam bilik ini tadi, bunga masih tiada. Lagipun ianya masih segar.

Mahu kata Lasti yang membelikan buah dan bunga, mana Lasti tahu cara untuk gunakan teknologi menempah servis seperti itu.

Buah yang sudah dibersihkan diletakkan ke atas meja yang berada di hujung katil, boleh ditolak sehingga ke kepala katil untuk memudahkan pesakit.

"Ada orang singgah ke sini tadi waktu Dhiya sedang tidur."

Lasti ambil pisau untuk memotong buah, memandangkan Dhiya masih belum makan sejak dari tenghari.

"Siapa? Medina ke?"

Kepala digelengkan. "Tidak, bukan ibu. Rasanya ibu Akhbar, kakaknya bapak."

Jawapan itu mengundang kerutan pada dahinya. Hairan, bagaimana dan kenapa Diana yang menakutkan itu datang ke hospital.

"Diana?"

"Itu ya namanya? Mungkin kali, tapi yang saya pasti itu ibunya Akhbar."

Betul lah tu Diana.

"Dia ada cakap apa-apa ke?"

Kelihatan Lasti berfikir seketika, mungkin sedang mengingat kembali. "Tidak. Dia cuma lihat Dhiya sedang tidur lalu saya tanya mahu kejut apa tidak, dia bilang ngga usah jadi saya biarin saja Dhiya tidur."

"Terus dia bagi aja bunga sama buah. Katanya kalau Dhiya sudah bangun, dikasi makan. Itu saja."

Dhiya diam. Dia pandang bunga kemudiannya beralih kembali pandangan kota. Mungkin Diana ingin berbaik memandangkan perihal sakitnya sudah diketahui umum.

"Bapaknya datang." Serentak itu kedengaran daun pintu ditutup.

Dhiya pandang Kasyaf yang sedang menghampirinya. Di tangan memegang dompet dan telefon, masih dengan pakaian kerja dengan dua butang baju kemeja di atas sudah dibuka.

"Baru balik kerja ke?" soal Dhiya kepada Kasyaf yang menarik kerusi bersebelahan dengan katil.

Kasyaf senyum nipis lalu angguk kecil.

"Tak balik rumah dulu ke? Makan dah?" soalnya lagi.

"Tak, saya terus datang sini. Malam ni saya teman awak dekat hospital. Lasti lepas ni balik rumah ya, saya panggilkan Grab."

"Baik pak."

"Tak apa ke? Tak bersih kan badan dulu ke?" sebenarnya Dhiya bukan kisah pun jika tidak ada yang datang untuk menemaninya. Lagipun masing-masing sibuk dengan kerja.

"Esok kan Sabtu, so tak apa. Saya boleh je cuci muka dekat sini. Tak berbau pun, duduk office jeseharian." Kasyaf selitkan senyuman menampakkan gigi di hujung ayatnya.

"Makan?" dia tanya lagi.

"Dah, tadi sebelum naik saya solat Isyak lepas tu singgah kantin makan."

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now