TDLM - bab 32

13.4K 549 38
                                    

Berbeza dengan kebiasaan minggu lain, kali ini Kasyaf pulang ke Kuantan pada hari Sabtu pagi memandangkan urusan kerjanya selesai lewat semalam.

Hasratnya ingin pulang terus malam tadi tapi dicegah oleh Dhiya. Bahaya untuk Kasyaf memandu malam-malam seorang diri.

Mungkin sekarang memang kerap Kasyaf menggunakan jalan itu memandangkan setiap minggu dia pulang tapi kalau terjadi apa-apa sewaktu dalam perjalanan, susah nanti.

Belum sempat pun Kasyaf menarik tombol pintu, ianya sudah terbuka dari dalam.

Kelihatan Dhiya yang memakai apron menyambut kepulangannya. "Awalnya awak sampai," dia sedikit kalut.

Sempat dia curi pandang jam dinding, lagi 5 minit jarum jam akan menunjukkan pukul 9 pagi.

Kasyaf memaklumkan dia bertolak pulang dari Kuala Lumpur selepas Subuh tadi. Difikirnya akan sampai dalam pukul hampir 10 pagi.

Belum azan Subuh lagi Dhiya sudah bangun untuk menyediakan menu nasi kerabu yang dipinta oleh Kasyaf tempoh hari.

Memandangkan dia ingin segalanya siap dengan sempurna memang Dhiya kerahkan segala tenaganya. Lagipun ini pertama kali Kasyaf memberi permintaan menu.

Akibatnya walaupun segala persiapan sudah disiapkan awal-awal, memang Dhiya tidak menang tangan.

Bunyi seperti Dhiya sedang menyediakan makan-makan untuk kenduri tapi itu lah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan. 

Setiap kali Kasyaf pulang, memang diibaratkan seperti kenduri yang perlu diraikan.

"Jalan tak sesak pagi-pagi macam ni so saya bawa laju-laju." Aroma masakan Dhiya masuk ke dalam hidung. Tidak sabar pula dia ingin menjamu selera.

Sama-sama mereka berdua ke dapur. Terus Dhiya angkat ayam goreng dari kuali.

Tudung saji diangkat oleh Kasyaf, nasi, ulam, telur rebus, tumis dan lain-lain set nasi kerabu sudah terhidang.

Ini yang Kasyaf suka pulang ke sini. Tidak keterlaluan untuk Kasyaf katakan selama sebulan perkahwinannya dengan Dhiya, perutnya sudah ditawan oleh wanita itu.

Setiap minggu pasti dia akan tertunggu-tunggu masakan yang akan disediakan oleh Dhiya.

"Awak dah nak makan dah ke? Ayam dah goreng, tapi saya nak bagi dekat mak su dulu sebab takut dia tunggu lama. Tapi kalau awak lapar saya boleh sediakan."

Ayam rempah yang masih mentah dimasukkan ke dalam kuali yang panas, itu untuk mereka berdua. Yang sudah diangkat tadi untuk ibu saudaranya.

Kepala digeleng. Lapar, tapi tidak selapar yang perlu menggesa Dhiya.

Kasyaf dekatkan dirinya dengan Dhiya yang sedang memasukkan ayam ke dalam bekas. "Untuk mak su ke tu?"

"Ya." Bekas itu dimasukkan ke dalam plastik. "Awak tolong tengokkan ayam boleh? Saya nak hantar sekejap."

Plastik itu diambil dari tangan Dhiya. "Tak apa, saya hantarkan." Kesian pula melihat Dhiya yang kabut. Dia sampai terlalu awal kah?

"Thank you."

Kasyaf senyum nipis. "Saya pergi dulu."

"Okay, thanks again."

Kasyaf berlalu pergi, meninggalkan Dhiya di dapur.

Air yang untuk dibuat teh segera dimasak. Walaupun air panas coway ada, untuk buat teh memang Dhiya lebih suka direbus. Warnanya akan lebih cantik.

Pinggan serta cawan dikeluarkan dari kabinet dan dibawa ke sinki, perlu basuh terlebih dahulu kerana takut sudah terlekat dengan habuk.

Kain bersih diambil untuk mengelap pinggan cawan yang basah. Sungguh dia kalut sekarang walaupun tidak digesa oleh siapa-siapa.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now