TDLM - bab 45

12.6K 540 36
                                    

"Dhiya." Sebaik sahaja pintu bilik wad yang menempatkan 2 katil itu, lirih sahaja suaanya memanggil Dhiya yang duduk bersandar di katil.

Melihatkan Medina yang sudah berlinangan air mata, Mak Su Nora memberi isyarat kepada suaminya untuk meninggalkan mereka berdua.

Dua pasangan itu beransur keluar untuk memberikan Medina dan Dhiya ruang untuk berbicara.

Melihatkan Medina yang sebak dikuasi emosi, Dhiya juga ingin menangis. Ini sebab kenapa dia tidak mahu orang tahu. Dhiya tidak mahu mereka turut sedih. Biarlah dia seorang yang menangisi nasibnya.

"Cakap yang semua ni tipu je, please." Rayunya sambil memegang erat tangan Dhiya yang dingin. Sepasang tangan yang dahulunya hangat, yang dulu berisi kini makin kurus.

Tidak ditahan, air matanya turut jatuh. Cukup dengan air mata ini, dia sendiri juga tidak mahu menangis. Namun jika ditanya seribu kali sekalipun, dia tidak kuat.

"Jangan lah nangis," Dhiya memujuk. Medina jarang menunjukkan emosi jadi Dhiya agak terharu masih ada yang menangis untuknya.

Medina menggeleng tanda tidak mahu. "Kenapa kau tak bagi tahu aku, Dhiya? Macam mana kau tahan selama ni sakit seorang diri?"

Dia hanya mendengar sambil mengusap lengan Medina.

"5 tahun Dhiya, how I become a fool tak perasan perubahan kau? Yang kau dah kurus, yang kau selalu mengadu penat, how can aku tahu perasan." Tangisan Medina makin kuat. Nasib baik satu lagi katil di wad ini kosong, jika tidak memang sudah dihalau.

Hujung jarinya mengangkat dagu sahabatnya dan mereka bertemu pandangan, pipi basah, muka merah.

"It's okay Dina, aku okay. Tak sakit lah." Dhiya cuba untuk menyedapkan hati, walhal jika diceritakan kembali segala deritanya seorang diri, masih tidak boleh untuk menggambarkan rasa yang sebenarnya dia alami.

Telinganya tidak mendengar, tidak mahu mendengar. Punggunya duduk di tepi katil lalu tubuh Dhiya dipeluk kuat.

Setitis, dua titis dan Dhiya dapat merasakan bahunya basah dengan air mata. Dia juga turut menangis sambil memujuk Dhiya.

Cermin tingkap luas yang menayangkan waktu senja menandakan Maghrib akan masuk waktu seketika lagi menjadi pandangannya.

Keluhan berat yang panjang dihela. Pandangan dialihkan lalu terkunci pada ruangan kaca pada pintu bilik.

Mereka saling bertatapan, antara Dhiya dan Kasyaf untuk seketika sebelum kemdiannya ditarik oleh Dhiya kembali memandang senja.

LENANYA terganggu apabila kedengaran bunyi tandas di pam. Badan diregangkan kerana lenguh tertidur di sofa. Jam tangan dilihat, pukul 1:30 pagi.

Duduknya diangkat, Kasyaf lihat Medina yang tertidur dengan kepala di atas katil badan di kerusi. Katil yang kosong mendakan orang yang ke bilik air adalah Dhiya.

Dia berjalan mendekati Medina lalu tubuh isterinya dicempung ke katil untuk pelawat yang sudah disediakan oleh Kasyaf sebelum terlelap tadi kemdiannya ditutup dengan selimut.

Pintu bilik air dibuka, Kasyaf segera mendapatkan Dhiya yang berkerut dahi sambil memegang beg iv drip. Saluran air sudah dipenuhi dengan darah.

Beg itu diambil lalu diangkat lebih atas berbanding tangan Dhiya. Pelahan-lahan dia mengiringi Dhiya ke katil dan diletakkan kembali iv drip ke penyangkunya.

Kasyaf memutar pengapit roller agar iv mengalir dengan laju. Tidak menunggu lama, saluran yang dipenuhi dengan darah kembali jernih.

Bahagian atas katil yang sedikit condong dibantu oleh Kasyaf untuk meratakannya. Selimut yang bergumpalan dileraikan oleh Kasyaf kemudiannya menyelimuti Dhiya.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now