TDLM - bab 6

15K 646 19
                                    

Untuk malam ini, Dhiya memilih untuk memakai baju dress labuh bercorak bunga bewarna kuning.

Tadi dia berkira-kira untuk memakai topi tapi nanti dipandang pelik. Malam malam pakai topi, pertunjukan api pula tu.

Bedak talkum Enchaunter disapu rata pada seluruh muka sebelum bibirnya dicalit dengan lip balm Silkygirl yang bewarna pink. Minyak wangi Izzy disembur pada sekitar badan.

"Amboi! Minyak wangi tumpah ke?" perli Iman apabila bilik mereka semerbak dengan minyak wangi. Malam ini dia mengenakan dress separas betis bewarna biru muda.

Dia hanya menguntum segaris sengihan. "Diaorang dah siap ke?" alat soleknya disimpan kembali ke dalam beg kecil.

"Dina belum lagi, sekejap je lagi katanya."

"Tak apa lah, kita tunggu dekat luar je lah." Dhiya tidak membawa apa-apa untuk keluar kerana semangnya dia tidak suka untuk memegang apa-apa. Biasanya dia hanya menumpang beg sesiapa yang besar.

Pintu bilik dikunci lalu disimpan oleh Iman. Senyuman terbit di bibir Dhiya apabila melihat Kasyaf sudah menunggu di hadapan chalet. Mereka sudah berjanji untuk pergi bersama-sama.

Seperti biasa, lelaki itu hanya mengenakan pakaian yang santai dengan seluar slack bewarna kulit dengan t-shirt hitam yang dipadankan dengan kemeja bercorak petak dibiarkan tidak dibutang. Tidak dilupakan juga, kamera kesayangannya.

"Hai."

Teguran itu membuatkan Kasyaf memusingkan tubuh berhadapan dengan Dhiya. Senyuman Dhiya dibalas, gadis itu tidak pernah lokek dengan senyuman.

"Hai."

"Lama tunggu?" mereka berjanji untuk berkumpul pada pukul 8.45 tapi sekarang sudah pukul 9.10 malam.

Kepala yang tidak gatal digaru. "Tak ada lah, standard tunggu perempuan bersiap."

"Lama lah tu." Jawapan Dhiya mencetuskan tawa di antara mereka.

"Kejap tau, tunggu Medina. Dia kalau bersiap memang lama. Tapi awas, jangan banyak komen pasal dia, nanti dia..." Jari telunjuk dinaikkan ke atas kepala membuat gaya seperti tanduk dan Kasyaf hanya tergelak kecil.

Kedengaran bunyi pintu dikunci. Medina dan Hanan sudah siap dengan Medina yang hanya memakai dress labuh bewarna putih kosong. Tudung bawal bewarna kuning cair dihiasi manik melengkapkan gayanya.

Memang di antara mereka tidak dinafikan Medina lah yang paling cantik dan lawa. Medina tarik nafas pun paling cantik.

"Sorry, sorry. Tadi berebut bilik air dengan Hanan." Medina tergesa-gesa menyarungkan sandalnya. Mereka berlima berjalan sebaris menuju ke pantai.

"Alah, mandi je lah sekali."

Tidak semena-mena Medina mencubit lengan Dhiya, mungkin kerana tidak suka dia berkata seperti itu apabila Kasyaf ada dengan mereka.

Mereka tidak boleh menyembunyikan wajah mereka yang terpesona dengan pesta api yang ditunjukkan di tepi pantai yang sudah dipenuhi dengan pengunjung baik tempatan mahupun luar.

Ada yang memarakkan api dengan hanya meniup menggunakan mulut, ada yang membuat lingkungan api dan ada juga yang membuat persembahan secara berkumpulan.

Peluang itu segera diambil oleh Kasyaf untuk menangkap gambar sebanyak yang boleh. Medina juga turut mengeluarkan kamera polaroidnya.

"Tolong tangkap gambar aku dengan Dhiya." Kamera diberikan kepada Hanan. Dengan berlatar belakangkan pesta api, butang pada kamera ditangkap.

"Kasyaf." Itu mungkin adalah kali pertama Dhiya memanggil Kasyaf membuatkan lelaki itu berhenti daripada menangkap gambar.

Kamera dihulurkan kepada lelaki itu yang kemudiannya disambut. "4 copy." Medina berhajat untuk memberikan seorang satu gambar mereka yang ditangkap menggunakan polaroid.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzDär berättelser lever. Upptäck nu