TDLM - bab 27

12.4K 634 19
                                    

Hari itu Dhiya nangis lebih awal berbanding hari-hari biasa.

Seawal subuh lagi rumah yang biasanya sunyi tanpa penghuni selain dia dihiasi dengan suara yang menghiasi segenap inci.

Tapi suara mereka hanya kedengaran di hujung telinga Dhiya sahaja. Terkadang dengar, terkadang tidak dengar, seperti telinga ditutup rapi.

Dia biarkan sahaja wajahnya dirapikan oleh jurusolek yang datang dari Kuala Lumpur, kata Medina ini jurusolek yang terkenal.

Tapi entahlah, mungkin Dhiya memang tidak peduli perkembangan sekitar atau memang dia tidak kenal.

Hari ini, beberapa jam sahaja lagi dia akan diijab kabul dengan Kasyaf.

Berdebar? Sangat.

Takut? Terlalu.

Bahagia? Entah. Rasa itu seperti semakin pudar.

Hanan melancarkan perang dingin dengannya dan tidak ingin hadir ke majlis hari ini walaupun sudah dipujuk oleh Medina dan Iman.

Perempuan itu, sehingga ke subuh tadi Dhiya masih menerima mesej dari Iman menyuruhnya untuk fikirkan hal ini masak-masak. Katanya masih ada masa untuk menghalang semua ini dari berlaku.

Sedikit sebanyak, keraguan mula menghantuinya. Mempersoalkan tindakan dia.

"Dhiya."

Lamunannya mati. Tubuh Iman yang lengkap memakai baju kurung terpantul di cermin menjadi pandangannya.

Jurusolek itu mencalit gincu pada bibir Dhiya. "Sekejap ya, nak touch up bibir sekejap."

Mereka berdua biarkan kerja perempuan itu untuk diselesaikan. Iman labuhkan punggung di hujung katil.

Sesekali dia memandang Dhiya yang tidak beriak.

Berhari-hari Iman tidak dapat tidur memikirkan soalnya. Segalanya terasa seolah-olah mimpi. Terlalu mustahil untuk berlaku.

"Okay dah. Saya keluar sekejap ya. Pengantin boleh lah tukar baju, nanti saya masuk balik." Barang solek yang berterabur disusun dengan ala kadar.

Jurusolek meninggalkan mereka berdua. Serta merta bilik menjadi sunyi, sehingga masing-masing dapat mendengar bunyi bernafas.

"Iman."

Mereka berdua saling berpandangan.

"Betul ke apa yang aku buat?" keputusannya mula dipersoalkan.

Bibir dikemam. Tanya lah sebanyak mana sekali pun, Iman akan tetap rasa tindakan Dhiya adalah tidak wajar. "Kau gembira?"

Soalan itu masuk ke dalam fikirannya. Bahagiakah dia? Akan bahagiakah dia? "Mungkin."

Helaan nafas panjang dilepas. Iman tarik kerusi duduk sebelah dengan Dhiya lantas tangannya digenggam erat.

"Kalau kau yakin kau akan bahagia, aku—" mata dipejam kuat, menghalang empangan daripada dipenuhi.

Celik kembali dengan mata yang sudah memerah. "—aku akan support kau. Aku tahu mungkin salah di mata aku, salah di mata orang lain, tapi kalau boleh buat kau bahagia aku akan ada untuk kau."

Mengalir air mata jernih ke pipi, nasib tidak merosakkan makeup yang telah dipakai.

Kepala angguk lemah. Pada akhirnya Iman lah yang akan ada untuknya, yang akan setia dengannya. Tidak pernah menangkan Dhiya dan akan menasihatinya.

"Aku minta maaf kalau keputusan aku hancurkan persahabatan kita semua."

Iman menggeleng lalu tubuh Dhiya dipeluk erat. "Shhh, jangan nangis. Hari ni kan hari bahagia kau."

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now