TDLM - bab 19

12.1K 617 15
                                    

Tangan kanan berpaut pada pintu manakala tangan kiri memagang bahagian pinggul yang terasa lenguh. Tadi sewaktu membuang air kecil, Dhiya merasa pedih bahagian pundi dan terdapat lendir yang turun bersama.

Dhiya gagahkan kaki untuk ke katil. Dia sudah biasa dengan sakit seperti itu di mana ianya adalah simptom yang memang akan Dhiya rasa kerana kanser rahimnya.

Dia mula termenung. Mahu tidak mahu, Dhiya harus ke hospital untuk mengambil ubat. Sakit-sakit seperti itu akan mengganggu aktiviti harian.

Baru sahaja dia ingin berbaring, daun pintu bilik diketuk. Tanpa dibalas, muka Medina dengan senyuman mekar muncul lalu dia masuk ke dalam bilik sebelum pintu ditutup kembali.

"Dah nak tidur ke?"

Kepala sekadar diangguk lemah. "Tolong tutup lampu, Dina. Aku pasang lampu ni je." Kalau dia larat untuk berjalan, sudah dia lakukan sendiri.

Serentak jari Medina menekan suiz untuk tutup lampu, Dhiya pasang lampu meja yang bewarna kuning.

"Kau buat apa dekat sini?"

Medina yang sedang memegang perutnya berjalan ke arah katil lalu baringkan tubuhnya. "Nak tidur dengan kau lah."

Dhiya senyum. "Kasyaf?"

"Aku dah cakap dekat dia."

Diam.

Kaki diangkat lalu ditutupi oleh selimut tebal. Dhiya turut membantu Medina untuk menyelimuti tubuhnya. Dhila lihat sahaja perut Medina yang semakin membesar.

Cemburu?

Siapa sahaja tidak cemburu? Perempuan mana yang tidak mahu kandungkan anak sendiri.

"Dah berapa bulan?"

"6 bulan." Terserlah muka Medina yang sangat teruja. Boleh digambarkan betapa bahagia Medina dengan kehadiran bakal cahaya dia yang pertama. Bermaksud lagi 3 bulan mereka akan menimang cahaya mata.

Tubuhnya didekatkan dengan perut Medina. "Boleh aku sentuh?"

"Sentuh lah."

Perlahan-lahan kulit Dhiya menyentuh perut Medina disebalik baju yang dipakai oleh Medina.

"Kau tahu, baby dah start tendang-tendang aku tau."

Ringan sahaja Medina bercerita. Tapi sebak mula hadir. Dhiya juga ingin merasai apa yang Medina rasa. Tangan yang mengusap perlahan terhenti apabila tendangan lemah terasa. Nikmat yang telah ditarik diri Dhiya yang tidak sempurna.

"Malam-malam, aku dengan Kasyaf mesti akan dengar denyutan jantung baby."

Kali ini telinga pula yang didekatkan dengan perut Medina. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh apabila dia boleh dengar denyutan jantung. Perlahan tapi dia boleh rasa.

Pipi yang basah disapu. Terus sahaja Dhiya baring membelakangi Medina, tidak mahu ketahuan dia baru sahaja menangis.

Bunyi penghawa dingin menemani mereka.

Tiba-tiba pinggang Dhiya dipeluk oleh Medina dari belakang. Dia dapat menangkan bunyi esakan halus Medina tapi dia hanya kaku, tidak memujuk mahupun berpusing.

"Aku takut Dhiya." Medina tahan sebak.

Jeda.

"Kalau kali ni aku kehilangan baby lagi, aku memang akan berputus asa."

Tidak ada manusia yang tidak diberikan ujian oleh Allah, termasuk Medina. Mungkin Dhiya perlu kata Medina termasuk orang-orang yang tabah menghadapi ujian.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu