TDLM - bab 36

10.8K 488 22
                                    

Hujung mingggu itu Dhiya pergi ke Kuala Lumpur dengan hanya menaiki bas. Hal ini kerana dia tidak larat untuk memandu seorang diri.

Mahu ke hospital juga dia tidak memandu seorang diri, sama ada ditemani oleh mak su atau dia pergi menggunakan perkhidmatan grab.

Sampai sahaja di TBS, benda pertama sekali yang dia lakukan ada menambah baki kad touch n go. Ini kali pertama dia datang ke TBS, jadi dia agak keliru dengan kemajuan bandaraya.

Tadi mencari laluan KTM juga boleh sesat sampai ke laluan MRT kerana lorong KTM yang kecil, ditutupi dengan penjual kecil.

Menggunakan naluri sendiri, dia naiki KTM ke Bangi, kata Medina dia akan mengambil dia di sana kerana lebih dekat dengan tempat kerjanya.

Dia tunggu Medina beberapa minit sebelum keretanya sampai di stesen KTM.

"Lama ke tunggu?" beg tangan yang diletakkan di tempat sebelah pemandu dialih ke tempat belakang.

Usai memasukkan beg pakaian di belakang, Dhiya memasuki kereta dan memakai tali pinggang keledar.

"Tak ada lah, sekejap je."

"Okay, kita balik rumah dulu. Lepas maghrib kita pergi." Matanya tidak beralih dari pemanduannya.

"Okay."

"Kasyaf tak ikut tau, dia terus ke sana."

Badan disandar pada tempat duduk. Matanya beralih memandang jalan yang semakin dipenuhi dengan kereta, waktu untuk orang pulang dari kerja.

Sebenarnya hari ini Dhiya agak penat, mungkin kerana 3 hari yang lalu dia menjalani rawatan dan rehat untuknya masih belum cukup.

Kelopak mata ditutup kerana mengantuk apabila kereta tidak bergerak, jalan semakin sesak dan telinga sayup-sayup kedengaran lagu radio sebelum terlelap.


SELESAI solat maghrib, terus sahaja Medina dan Dhiya ke rumah ibu mertua mereka yang memakan masa hampir 20 minit, nasib baik waktu solat sekarang awal.

Dhiya hanya kenakan baju kurung cotton bercorak bunga bewarna pink dan hijau, disertakan dengan tudung bawal bewarna merah jambu.

Medina pula sekadar memakai jubah bewarna hijau muda.

Sampai di perkarangan rumah, kereta diparkir beberapa meter kerana ada kereta lain yang sudah dipenuhi dengan kereta lain.

"Jom," panggil Medina lembut.

Ini kali pertama Dhiya sampai ke sini, ke rumah ibu mertuanya jadi boleh dikatakan dia agak berdebar, ditambah pula tiada seorang pun yang dia kenal kecuali Medina dan Dhiya.

Umi Kasyaf pernah Dhiya berjumpa dua kali sahaja, di majlis doa selamat Medina suatu ketika dahulu dan sewaktu majlis akad nikahnya.

Sewaktu pertama kali berjumpa, ada beberapa perbualan sempat dibualkan, kali kedua berjumpa mahu bertukar pandangan pun tidak.

Mereka masuk ke dalam rumah, majlis akan bermula selepas isyak jadi sekarang semua orang agak sibuk walaupun perkhidmatan katering ditempah.

Dhiya dapat melihat Kasyaf yang sedang menghampar permaidani di ruang tamu, mungkin untuk tahlil kerana di luar sudah dipasang khemah bagi jamuan.

Medina mendekati Kasyaf dan Dhiya mengikuti dari belakang.

Bahu Kasyaf dicuit Medina, "You."

Kasyaf pandang isterinya dengan senyuman. Dhiya lihat sahaja Medina yang memeluk lelaki itu sebelum dihadiahi ciuman di pipi.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now