TDLM - bab 23

12K 561 40
                                    

Tayar kereta mengikut gerakan tangan Dhiya pada stereng kereta. Tidak tenang mata Dhiya pandang cermin kiri dan kanan serta camera belakang yang ditunjukkan di skrin monitornya.

Memang Dhiya tidak berapa mahir kalau parking secara parallel. Dia lebih yakin untuk parking secara serong dan sejajar.

Apabila keretanya masuk ke dalam kotak dengan betul, brek tangan ditarik. Enjin dimatikan dan setelah keluar dari kereta, Dhiya tekan butang kunci.

Kepala diangkat melihat café dihadapannya. Yakin tidak salah lokasi, Dhiya berjalan masuk ke dalam café. Baru sahaja dia ingin menelefon Medina, bunyi notikasi aplikasi WhatsApp masuk lalu segera dibaca.

Aku dekat atas
1:50 pm

Tidak dibalas, telefon ditutup lalu Dhiya naik ke tingkat atas café yang berkonsepkan tropikal. Medina yang sudah ambil tempat di sudut beranda angkat tangan sambil senyum.

Laju sahaja Dhiya pergi ke meja itu. Kerusi berhadapan dengan Medina ditarik lalu dia duduk di situ.

Dia ada maklumkan kepada Medina bahawa minggu ini dia ke Kuala Lumpur lagi kerana perlu hadirkan diri ke seminar di Seremban. Medina kata alang-alang dalam perjalanan pulang melalui Kuala Lumpur, dia ingin bertemu Dhiya. Katanya ada perkara yang ingin dia bincangkan.

Dhiya setuju sahaja memandangkan dia juga ada benda yang ingin dikatakan.

Beg tangan diletakkan di kerusi kosong bersebelahan dengannya. "Kau nak cakap apa?"

Medina senyum senget. Tangan kanan diangkat untuk panggil pelayan. "Kita order dulu, masa makan aku cakap."

Buku menu yang dihulurkan diambil. Tadi di majlis penutupan pihak penganjur sudah sediakan makanan. Jadi dia tidak mahu pesan makanan berat-berat. Takut nanti mengantuk ketika memandu.

"Fluffy Japanese pancake with fruit and lemon tea."

Tangan masih membelek buku menu sewaktu Medina sudah memesan. Pelayan perempuan itu menunggu pesanan dari Dhiya.

"Red smoothie bowl."

"Itu sahaja?"

"Ya."

"Baik, sila tunggu sebentar ya." Pelayan itu ambil kembali buku menu sebelum beredar dari meja mereka.

Mata Medina pandang sekeliling tingkat 2 café itu yang separuhnya dipenuhi dengan pelanggan. "Cantik kan? Aku tengok tempat ni selalu orang tag dekat Instagram."

Dhiya juga perhatikan. Ya, dekorasi dalamannya perlu diberikan pujian. Café yang berkonsepkan tropikal seperti ini makin mendapat sambutan untuk anak-anak muda yang gemar menangkap gambar.

"Kau dah okay?" sebenarnya Dhiya agak serba salah untuk bertanya.

Bibirnya ukir senyuman. "Okay je." Riak sebenar dalam hati disembunyikan.

Senyuman itu dibalas. Dia tidak lagi mahu bertanya jika Medina kata dia sudah okay. Tidak ingin memaksa kerana jika Medina ingin bercerita, sudah akan dia ceritakan.

Sementara menunggu makanan, mereka hanya berbual kosong. Bercerita tentang kerja agar tidak sunyi.

"Kau kata ada benda yang kau nak cerita." Smoothie bowl sudah tinggal separuh lagi. Dia ambil sesudu lalu suakan kepada Medina.

Huluran itu disambut. Tisu di tepi diambil lalu dilap pada hujung bibir apabila sedikit merecik. "Aku nak cakap pasal hari tu." Medina larikan pandangan, tidak mahu mata mereka bertembung.

Sudu diletakkan di atas pering kecil. Tangannya bersilang di atas meja. Dhiya tidak mahu berpura-pura bodoh dengan berbuat tidak faham pasal yang mana satu.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now