bab 7

2.9K 250 0
                                    

    Diana dan Leona ada mission malam pada malam pertamanya mereka di asrama Royal of Alfa Kingdom. Mereka nak masuk bilik guru asrama dekat blok A.

    "Okay, Leona. Nanti, aku akan masuk dulu dalam bilik guru tu. And aku nak kau masuk 5 minit lepas aku masuk." Diana menerangkan perancangan bagaimana nak masuk ke dalam bilik guru tu.

    "Why after 5 minute? Kenapa tak 10 ke 15 ke?" Leona tak memahami kenapa Diana suruh dia masuk selepas 5 minit Diana masuk, tak masuk akal langsung. "Waktu aku masuk bila guru tadi, aku tengok daripada pintu bilik ke bilik kebal simpan semua document penting tu, dalam 20 langkah. Maybe aku sampai bilik kebal tu sebelum 5 minit pon tapi aku nak kau jaga luar dulu. But after 5 minute, baru kau masuk."

    Leona hanya mengangguk faham dengan plan yang Diana buat itu. Leona tahu Diana memandang setiap inci bilik guru itu. Daripada dekat mana letaknya cctv, berapa langkah baru kita sampai bilik kebal, bentuk bilik guru tu, dan berapa lama akan ambil masa untuk buat bukak bilik kebal itu.

    "Kita gerak pukul 12 tengah malam. Waktu tu, semua cikgu mesti dah balik punya." Leona hanya mengangguk buat kali kedua.

______________________________________

    Malam itu, mereka keluar tepat pada pukul 12 tengah malam. Diana bergerak dahulu diikuti dengan Leona yang menjadi mata-mata kalau ada orang yang lalu ke apa ke.

    10 minit berjalan, akhirnya mereka sampai jugak bilik guru itu. Mereka terus menjalankan plan diaorang yang mereka bincang petang tadi.

    Diana membuka pintu bilik guru itu dengan berhati-hati dan Diana berjalan terus ke bilik kebal. Tekaan Diana tepat tentang berapa langkah perlu diambil untuk sampai ke bilik kebal itu. Diana melihat jamnya 2 minit telah berlalu tapi Diana masih tak boleh bukak pintu bilik kebal itu.

    Leona melihat jamnya 4 minit sudah berlalu. Lagi seminit dia akan masuk tetapi Leona melihat seseorang berjalan le arah mereka. Leona terus memasuki bilik guru itu walaupun sepatutnya lagi seminit baru dia boleh masuk. Leona menutup pintu bilik guru itu dan terus berjalan ke bilik kebal itu dengan pantas. Dia melihat Diana baru sahaja berjaya membuka pintu bilik kebal itu.

    "Asal kau masuk? Lagi seminitkan baru kau boleh masuk." Diana menyoalkan tindakan Leona yang tidak mengikuti plan asal mereka.

    "Aku dengar ada orang berjalan ke arah aku tadi." Leona memandang wajah Diana yang terkejut lalu mereka terdengar seseorang membuka pintu bilik guru itu. Diana menolak badan Leona agar dia memasuki bilik kebal itu dahulu. Diana menyusurinya. Bila mereka sudah pasti tiada orang di situ barulah mereka meyelongkar bilik kebal itu.

    Tapi malangnya document yang mereka cari tidak dijumpai. Mereka rasa pencuri itu mesti sudah mengambil document itu. Atau pencuri itu sorok di dalam bilik kebal itu jugak tapi sekarang bukanlah masa yang sesuai. Diana melihat jamnya menunjukkan sudah pukul 1.15 pagi.

     Atau pencuri itu tahu password bilik kebal itu. Good point, Diana. Mereka akhirnya keluar dari bilik kebal itu dan berjalan ke biliknya.

______________________________________

    Pada pukul 8 pagi, Diana dan Leona berjalan menuju ke kelas mereka. "Penatnya, kan best kalau dapat tidur sekarang ni." Leona menguap sambil berjalan. Diana tak pasti kenapa document penting tu tak ada dalam bilik kebal tu. Prince Damien cakap hanya ada dua orang sahaja tahu password bilik kebal itu iaitu Lewis dengan pengetua Harry. Takkan la pengetua Harry pulak nak ambil duit sekolah. Ye la duit sekolah tu kan duit dia jugak, takkan la dia nak ambil dia pulak. Pengetua Harry merupakan pewaris Chris Family. Keluarganya membeli saham sekolah itu. Jadi, 50-50 la. Setengah kingdom punya, setengah lagi Chris Family punya.

    "Woii, kau termenung lagi eek? Dah dah la tu. Kau nak termenung berapa kali sehari. Penat la aku tengok kau macam ni. Kau mana pernah termenung macam ni." Diana hanya memandang Leona di sebelahnya yang sudah berhujah. Macam aku tak tau tu ayat-ayat dalam buku kegemaran dia. Kalau boleh dari muka surat satu sampai habis dia nak bagi ayat-ayat deep yang dia pernah baca dalam buku itu.

    "Kau diam boleh tak? Bising la." Diana memandang Leona dengan pandangan yang dingin. Leona dah memuncungkan bibirnya kalau boleh muncungkanlah lagi biar bibir tu sampai dekat Italy. Senang sikit boleh buat jambatan.

    Sedar tak sedar mereka telah sampai kelas mereka. Tetapi bila aku jejak masuk kelas tu semua orang bersorak. Asal semua orang bersorak ni? Sebab aku ke? Ishh malu la i. Tapi aku hanya memandang mereka dengan pendangan yang pelik tapi aku tahu diaorang bukan bersorak kat aku.

    "Welcome back, Prince Adrian!!" Jerit Juli yang berada di belakang kelas. Aku terus memandang belakang aku. Ohhh ada orang rupanya kat belakang aku. Selamat aku kawal riak wajah aku tadi kalau tak malu setahun. Adrian namanya. To be honest, Adrian ni memang handsome. Tinggi, hidung mancung, bibir seksi, mata warna blue tapi ada yellow sikit, mata dia macam mengambarkan bumi sangat cantik, okay dia memang perfect. So whatever. Macam aku kesah.

    Diana dan Leona berjalan ke tempat mereka. Adrian pulak duduk di sebelah Prince Malique. Diana tengok Juli mula tergedik-gedik depan Adrian. Huh, so cheap girl.

    "Wey Malique." Adrian memanggil Malique dalam keadaan berbisik. "Apa?" Malique yang tengah keluarkan buku dari begnya terus memandang Adrian yang berada di sebelahnya.

    "Siapa dia tu? Aku tak pernah nampak pon dia sebelum ni." Adrian memandang Diana yang sedang memakai spek hitamnya. "Ooh, diaorang tu. Diaorang tu new student from Blue Kingdom. Dia tu Princess Eryna dan tu pulak Leona." Terang Malique. Mata Adrian tetap menatap wajah Diana yang sangat cantik itu. 'Cantiknya Eryna tu.' Adrian tak dapat mengalihkan matanya daripada Diana.

    Diana yang sedar dirinya diperhatikan oleh Adrian dan Diana terus memandamg Adrian yang cepat-cepat menoleh.

    'He's cute.' Ujar Diana di dalam hati. Diana hanya ketawa kecil melihat tingkah laku Adrian yang baginya agak comel.

    'Kau pandang dia lama-lama asal, Adrian. Habis dia nampak kau pandang dia.' Adrian menoleh sikit untuk melihat Diana kali kedua. Adrian tersenyum bila melihat Diana ketawa kecil. 'Why she's so cute, i can't. I need to be more calm. She is like ice princess and I like it'

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now