bab 25

1.9K 166 5
                                    

"Awal kau bangun hari ni, Diana." Diana sudah siap dengan uniform sekolah. Leona pula sibuk dengan rambutnya.

"Selama ni bukan aku ke yang bangun awal dari kau. Kau pun mengharapkan aku kejutkan kau." Leona memakai lip balm di bibirnya yang mewarna merah jambu itu.

"Ye lah, aku saja je nak memulakan perbualan. Kau ni! Tak sporting langsung. Macam mana nak ramai kawan."

"Aikk, bukan selama ni kau ke yang lonely. Balik-balik kawan dengan aku. Bila aku suruh buat kawan, kau punya alasan sampai tak cukup kertas kat muka bumi ni."

"Ok, ok. Jom pergi kelas. Aku dah siap." Diana berdiri sambil bermain dengan telefon miliknya.

"Kau ni dari tadi main telefon, kau buat apa?" Leona mengintai sedikit dan membulat mata Leona.

"HAHAHAHAHAH! Kau download sosial media ke?! Aku fikir kau tengok benda lucah tadi. Tersorok-sorok."

"Kau diam boleh tak. Agak-agak la nak tengok benda tak elok tu. Password ni maksud dia apa?"

Ketawa terbahak-bahak lagi Leona dibuatnya. Maksud password pun tak tau. Lapok benor la Diana ni.

Sampai ke kelas la mereka sibuk dengan sosial media milik Diana. Nak reka password la, username la. Nak aesthetic je, susah la jawabnya. Mereka berada di depan pintu kelas mereka.

Tok, tok, tok

Diana dan Leona memasuki ke dalam kelas. Semua mata memandamg mereka, mungkin mereka tak percaya yang Diana tidak bercinta dengan Aaron. Kerana Diana nampak rapat dengan Aaron.

Diana memandang Adrian tetapi Adrian langsung tidak memandang Diana. Angkat kepala pum tidak. Diana rasa dia perlu lakukan sesuatu.

"Eryna!" Leona memanggil Diana setelah mereka duduk di kerusi mereka.

"Adrian langsung tak pandang kau. Kau nak buat apa?"

"Aku tau nak buat apa. Kau jangan risau."

______________________________________

Diana menyuruh Aaron supaya tidak menghadiri sekolah selama seminggu. Bagi keadaan reda dahulu baru datang.

"Eryna, kau rasa diaorang nak makan tak dengan kita?" Diana tahu Leona memaksudkan Jasmin, Juli, Malique dan juga Adrian.

"Entah la, aku pun tak tahu tapi apa kata kita yang pergi kat diaorang."

"Kita? Kau biar betul. Mana kau yang dulu. Yang tak suka dengan manusia." Leona betul-betul terkejut bila Diana berkata begitu.

"Kadang-kadang Leona, tak salah buang ego dan emo untuk kebaikan diri kita. Buang malu, buang segan. Bahagia kau nanti." Leona menunduk, betul juga apa yang Diana katakan.

Diana berjalan mendekati Adrian, Malique, Jasmin dan juga Juli. Leona berjalan di belakang Diana. "Hai korang." Senyumam diberikan.

"Ohh, hai Eryna, hai Leona." Balas Jasmin.

"Aku nak minta maaf."

"Tak payah la mintak maaf. Buang masa aku je. Dah la jom. Aku lapar ni." Balas Adrian. Marah betul Adrian dekat Diana. Diana tidak menunjukkan sebarang reaksi tapi sedih itu memang ada. Walaupun tujuan asal Diana berkawan dengan Adrian untuk tujuan peribadi tetapi lama-kelamaan Diana selesa dengan Adrian.

"Eryna, jom la makan. Biarla Adrian tu. Lama-lama dia okay la. Dia terkejut je. Leona jom." Jasmin memang orang yang paling baik sekali.

"Jom."

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now