bab 26

1.8K 166 17
                                    

     "Kau bodoh, Diana."

     Aku memandang jejaka itu. Dia berdiri manakala aku duduk. Aku menahan perasaan amarah aku. Aku ingin membakar jejaka itu hidup-hidup. Biar dia rasa betapa sakitnya hati aku sekarang ni.

     "Aku tak akan biarkan kau rampas kingdom aku. Kau langkah mayat aku dulu."

     "HAHAHAH. Diana, Diana. Aduh, penat aku gelak. Kau tengok sekarang ni. Aku dah ambil alih Blue State ni. Cuba kau tengok."

     Aku langsung tidak mengalihkan pandangan aku daripada jejaka itu.

     "Aku kata pandang-pandang la!" Jejaka itu menolak kepala aku dengan kasar. Aku terkedu dengan apa yang aku lihat. Ramai askar aku mati di bunuh. Sakitnya hati aku.

     "Kau memang bodoh. Tak sedar kau tengah berlawan dengan siapa." Aku dapat rasakan sesuatu yang membara dalam jantung aku. Benda yang berkuasa. Aku pegang jantung aku.

     "Tapikan kau tak boleh mati lagi. Aku kena la rasa kau dulu." Aku langsung tidak peduli bila jejaka itu memegang rambutku. Jantung aku sangat sakit. Macam nak meletup.

     "AHHHHHH!!" Diana menjerit dengan sekuat hatinya. Bukan, bukan yang tu bukan sekadar mimpi. Memang betul memori Diana. Diana dapat rasa cecair mengalir di dahinya. Peluh. Diana berpeluh.

     "Diana, kau okay tak? Kenapa kau menjerit? Kau sakit ke? Badan kau panas ni." Leona dapat rasa badan Diana sangat panas walaupun hanya menyentuh tangannya.

     Diana tidak mengeluarkan suara. Mimpi tadi membuatkan nafasnya tercunggap-cunggap. Diana mengangkat tangan dan mengurut kepalanya. Pening betul kepalanya.

     "Diana, kau okay tak ni? Diam je. Jangan la diam. Risau la."

     "Aku okay."

     "Kau nak pergi sekolah tak esok?"

     "Tak sure lagi. Kalau aku boleh pergi aku pergi, kalau tak aku duduk dalam bilik je."

     "Baiklah. Aku sambung tidur balik. Tidur aku berharga."

     "Hmm. Aku pun."

     Tapi Diana langsung tak sambung tidur walaupun Diana mengantuk. Diana dapat rasakan mimpi itu petunjuk tapi mungkin juga memori Diana. Takkan la Diana. Takkan la umur Diana lebih dari 100 tahun. Tak mungkin, tak mungkin.

     Diana ada gambar umur Diana waktu umur 3 tahun tapi tak ada gambar waktu bayi. Diana terus bangun dari baringannya. Duduk menjadi pilihan.

     Kenapa dia tak ada gambar waktu bayi? Bukan kebanyakkan parent mesti diaorang akan tangkap gambar anak-anak mereka waktu masih bayi ke? Takkan King Dean dan Queen Dona tak ingat nak mengambil gambarnya?

     Mimpi itu mesti wujud ada sebabnya. Diana perlu mencari asbab kenapa mimpi itu muncul. Kalau betul dia ada waktu peperangan Blue State itu, mesti ada sebab juga kenapa dia dikurungkan di istana.

     Tiba-tiba, jantungnya sakit. Diana memegang jantungnya. Sakitnya. Kenapa dia rasa sakit sangat? Sakit dia macam ni ke waktu dia kat peperangan Blue State itu? Diana rasa nak menangis. Sakit betul ni. Rasa macam nyawa di hujung pangkal.

     Air mata Diana mengalir di pipinya. Diana membiarkan sahaja. Diana rasa pandangannya makin kabur. Diana menoleh ke kiri, memandang Leona.

     "Leona..."

     Akhirnya, semua hitam. Diana rasa dirinya jatuh dari katil itu dan jatuh di lantai. Sakit memang sakit tapi lagi sakit jantungnya. Diana mendengar Leona menjerit namanya tetapi dia tak mampu membalas. Semuanya hitam.

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now