bab 33

1.7K 182 18
                                    

    "Baiklah. Jom Leona, Aaron." Diana kembali tenang selepas cikgu Marcus menjerit memarahi tindakan dia tadi. Diana sekilas pandang melihat Shakira yang terbaring di atas meja makan. Diana sendiri tidak tahu adakah Shakira masih hidup atau tidak. Diana tersenyum bila melihat tubuh itu tidak bergerak. Mati mungkin? 

    "Woi Eryna! Kawan aku ni tak bergerak langsung ni. Kau bunuh dia ke?!" Sarah Tomaz, kawan baik sehidup semati Shakira Atalia. Tapi tu la tak betul. Pilih kawan yang hanya berkawan dengan kita untuk kebaikan sendiri. Diana menoleh ke belakang melihat Sarah yang kelihatan cemas, senyuman terukir.

    Adrian melihat Diana tersenyum, entah kenapa Adrian tersenyum sekali. Walaupun orang akan fikir yang Diana psycho.

    "Cuba kau tengok Eryna tu. Dia tersenyum je wey lepas pukul orang." 

    "Aku tak sangka dia macam tu. Aku fikir dia tu dingin je rupanya psycho sekali."

    "Cantik tapi ganas."

    "Macam manalah dia boleh jadi angel sekolah? Tak layak langsung."

    Diana terdengar perbualan murid-murid di dalam canteen itu. Diana hanya ketawa, kelakar pula mengingatkan yang dia ni agak psycho. Memang betul pun, Diana sedar yang dia agak ganas tapi dia buat bersebab bukan saja-saja. 

    "Wey, dia ketawa la. Oh my god, I can't believe this."

    Diana masih lagi ketawa dengan perangai rakyatnya sendiri. Kingdom maju sekali pun tapi kalau rakyat akal cetek pun tak berguna. Shakira tu baru je kutuk Alfa Kingdom depan semua orang tapi rakyatnya masih berpihak kepada Shakira. Funny, I am laughing right now.

    'Alfa kingdom tu tak akan jadi apa-apa kalau tak ada state.' Itu apa yang rakyat dia dikirkan selama ni. Hati dia betul-betul terluka banyak jasa keluarganya tetapi rakyatnya hanya pandang remeh terhadap keluarganya. Ramai ahli keluarganya meninggal dunia akibat pertahankan kingdom. King Noah mati dibakar hidup-hidup untuk selamatkan rakyatnya, Queen Mellisa mati di medan peperangan. Semua kerabat diraja tidak seorang pun yang mati demi rakyat ataupun kingdom tetapi kerabat diraja atasan sanggup korbankan nyawa demi rakyat yang langsung tidak hargai dia.

    Kerabat diraja atasan yang kebanyakkannya masuk ke medan peperangan dan bertempur sekali. Moto hidup Alfa Kingdom adalah 'biar diri kita dipijak, jangan kingdom dijajah.' Tapi sayangnya kerabat diraja dan rakyat abaikan kan moto itu. Mereka semua ialah manusia yang kaki kuasa kerana bila kerabat diraja atasan tiada waris, kerabat diraja akan berebut untuk dapatkan tittle King of Alfa Kingdom. 

    "Kau jangan risau, perempuan tu masih hidup." Diana hanya mengangguk. Diana, Leona dan Aaron masih berada di canteen mereka hanya melihat tubuh Shakira diangkat dan diletakkan diatas katil bergerak. Saja nak cakap katil tu ada roda. Diana memerhati katil itu ditolak dengan lajunya, sempat Shakira menoleh memandang Diana sambil tersenyum. Walaupun senyuman itu tidak jelas tapi Diana tahu Shakira tersenyum terhadap dirinya. 

    "Shakira, kau tak akan pernah menang." Ujar Diana pelahan cukuplah hanya dia sahaja yang dengar. 

    "Eryna, Leona, Aaron dan semua yang tengah berdiri tu. Sila la ikut kami ke bilik disiplin." Semua teragak-agak nak berjalan tetapi bukan Diana. Diana ialah orang yang pertama berjalan ke bilik disiplin dituruti dengan Leona, Aaron dan manusia yang ikut Shakira punya protes. Protes ke? Tah la. Sepanjang perjalanan pergi ke bilik disiplin, semua berbisik-bisik di antara satu sama lain. Cakap pasal apa lagi, cakap pasal kejadian dekat canteen tu la.

    "Eryna." Leona datang menghampiri Diana yang berjalan agak laju daripadanya.

    "Kau nak buat apa kat budak tak berguna tu?"

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now