bab 23

1.8K 169 7
                                    

     "DIANA!!!!!"

     Terperanjat Diana dibuatnya bila Leona menjerit sambil mengetuk pintu bilik airnya. Selamat Diana sudah siap mandi, kalau pintu tu roboh sekalipun dia masih selamat.

     "Kau ni dah kenapa Leona? Terperanjat aku." Diana bertutur sambil berjalan menuju ke almari pakaian.

      "Kau kena tengok ni." Diana sedang memakai pakaiannya terus berjalan ke arah Leona.

     "Jap, jap." Diana ingin siap memakai baju baru dia ingin melihat apa yang Leona suruh dia tengok. Sudah siap memakai baju baru la dia berjalan ke arah Leona.

     "Kau ni lambat sangat la. Aku bacakan je la."

     "Aah okay." Diana mencapai beg rodanya dan mencapai beberapa baju dan masukkam ke dalam beg itu. Kan bagus kalau Leona offer bacakan, tak payah la Diana kelam-kabut.

     "Adakah Aaron Smith anak kepada Alex Smith bercinta dengan Puteri Eryna dari Blue State, tanda soal." Diana memandang Leona pelik dan Diana merampas tablet itu dari tangan Leona. Gambar Diana dan Aaron tengah duduk berdua dekat kedai coffee tu.

     "Kau nak buat apa, Diana? Kau kena buat sesuatu. Kau tau kan Aaron tu banyak fans. Nanti karang diaorang cari kau. Habisla kau. Kau kena tangkap orang yang buat macam ni. Entah entah penjahat tu tak?"

    "Masalahnya, aku tak tahu siapa yang tangkap gambar ni. Aku tak rasa orang yang tangkap gambar ni penjahat tu."

     "Asal pulak? Boleh jadi je kan."

     "Dia boleh je cakap Princess Diana dari Alfa kingdom tapi dia tulis Princess Eryna dari Blue State. Kalau dia nak rosakkan aku, mungkin dia dah tulis macam tu  tapi dia tak tulis. Maksudnya, ada orang lain yang simpan dendam kat aku. Dan orang tu mengenali aku sebagai Princess Eryna."

     "Betul jugak kan. Kau nak buat apa?"

     "Biarkan je. Aku nak semua orang mengenali aku sebagai Princess Eryna. So bila one day, identiti aku terbongkar kemungkinan besar rakyat aku akan teragak-agak nak percayakan mana satu."

     "Okay la kalau macam tu."

     "Tapi aku nak kau callkan  Princess Eryna. Ada hal sikit aku nak cakap dengan dia."

     "Baik. Aku gerak dulu." Leona tunduk hormat dan bergerak keluar dari kamar Diana itu.

     Siapa pulak yang ada simpan dendam kat Diana? Si betina tu ke? Takkan la, bukan sekarang ni dia tengah kena kurung ke. Tapi dia boleh je suruh orang lain yang buatkan. Dia kan anak orang kaya. Duit itu segala-galanya.

     Ataupun manusia yang simpan dendam kat Diana, dia tak tunjukkan yang dia simpan dendam kat Diana. Mungkin jugak dia pura-pura baik depan Diana.

     Tapi boleh jugak penjahat tu yang buat semua ni. Mana tahu dia memang nak orang tahu kewujudan Diana walaupun sebagai Princess Eryna. Dan satu hari nanti, dia bongkarkan semua penipuan Diana dan the real Princess Eryna pun kena benci jugak kerana Diana.

     Kenapa Diana rasa orang jahat tu sebenarnya nak kan Diana bukannya duit? Betul ke dia nakkan document penting tu? Ataupun King Dean yang overthinking?

     "TUANKU"

     Diana tercampak baju yang dilipatnya kerana terkejut. "Iye, kau ada panggil aku ke?"

     "Tidak, tuanku. Ada orang panggil tuanku ke?" Ujar satu pengawal yang berada di luar biliknya.

     "Tak, tak. Mungkin aku salah dengar." Diana mengangguk banyak kali menandakan mimpi itu cebisan dari memori lama. Tapi kenapa dia boleh lupa? Diana pernah hilang ingatan ke?

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now