bab 31

1.6K 172 18
                                    

    Alangkah terkejutnya bila, tiada mop dan penyapu lidi malahan ada ruang yang besar dan tengah-tengah ruang itu terdapat satu lubang. Dalam ruang itu terdapat beberapa jenis perabot diantaranya ialah meja makan, almari buku, katil dan juga sofa. Tetapi Diana lebih tertarik dengan lubang yang berada ditengah-tengah ruang itu.

    "Eryna, kau nak masuk ke dalam lubang tu?" Soal Aaron. Diana mengagguk. Kalau betul tekaan dia kali ni dia mungkin akan tersakiti. 

    "Kalau kau tak nak masuk, kau tunggu luar."

    "Tak nak, aku nak ikut kau." Aaron berjalan lebih laju supaya berada betul-betul dibelakang Diana. Diana mengintai sedikit lubang itu. Terdapat tangga bulat besi dan diukir besi itu menjadi bunga. Diana menarik tangan Aaron supaya turun sekali dengan dia. Tangga itu nampak masih kukuh, mesti ada orang jaga ni.

    Sampailah mereka di bawah sekali, ruang itu hanya kosong, gelap dan senyap. 

    "Eryna, kita naik balik la. Aku tak sedap hati la dengan tempat ni." Sampai kesudah Aaron memanggil dia Eryna. Diana memegang tangan Aaron dan menyakinkan Aaron yang Diana akan menjaga dia. Aaron mengangguk. Baru selangkah dia berjalan, automatik lampu terbuka. Ada jalan menuju satu bilik pintunya berwarna gold memang cantik.

    "Jom, kita jalan ke sana." Ujar Diana sambil tangan digengam Aaron sangat erat. Kenapa Diana rasa dia pernah jejak tempat itu dulu tapi bila?

    Mereka berjalan sampailah berdiri dihadapan pintu itu. Diana memegang pintu itu, tiada tombol pintu. Diana memcari bagaimana pintu itu dibuka. Diana menjumpai cara mahu membuka pintu itu dengan menggunakan pin. 

    "Aku nak pintu ni berwarna gold dan cara nak buka dia menggunakan pin."

    Tiba-tiba suara itu keluar dari memorinya. Diana dapat rasa dia pernah datang sini dulu tapi tak mengetahui bila. 

    "Macam mana kita nak tau nombor pin dia apa?" Soal Aaron. Diana sendiri tidak tahu nombor pin. 

    "Nombor pin tu aku nak letak tarikh penting..."

    Baru sahaja Diana nak dapat tahu tarikh penting itu tetapi memori itu tidak habis. Tarikh penting? Diana cuba tekan-tekan pin itu menggunakan tarikh- tarikh penting dalam sejarah tapi semuanya tidak menjadi.

    "Cuba kau tekan yang ada berkenaan dengan Princess Diana George."

    "Apa kena mengena dengan Princess Diana George pulak?"

    "Dia la yang buat bilik bawah tanah ni. Takkan kau tak tau?" Diana mencari telefonnya dan search about her. Tarikh lahir, tarikh beliau dapat anugerah dan sebagainya. Semua tak menjadi.

    "Cuba kau search Xavier, mana tau beliau sayang sangat dengan Xavier tu." Diana search tentang Xavier pula dan menjadi. Princess Diana George mesti betul-betul menyangi tunangnya itu. Sudah lah menggunakan tarikh lahir tunangnya. Sweet betul.

    "Okay, jom masuk." 

    Diana dan Aaron memasuki bilik itu dan bilik itu ialah bilik bawah tanah. Terbuntang mata Diana dibuatnya bila bilik bawah tanah itu sangatlah mewah dan cantik. Dia fikir biasa-biasa sahaja. Diana memegang document-document apa setiap state. Bilik bawah tanah ini diletakkan banyak sejarah Alfa Kingdom. Terlalu banyak. 

    "Welcome." 

    "Opocot mak kau hijau!" Aaron terus memegang jantung kerana terkejut. Hilang nafas dia dibuatnya. 

    "Lewis! Kau buat apa kat sini?!" Jerit Aaron. Diana memerhati Lewis yang pelahan-pelahan memusingkan badan menghadap Diana yang sudah memandang Lewis dengan pandangan yang Lewis fahami. Pandangan maut.

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now