bab 41

1.8K 172 12
                                    

    "Tuanku." Dia panggil aku dengan nada yang amat lembut sekali. Alahai, lemahnya jantung.

    "Nak apa?" Balas aku dingin. Aku kena kekal dalam character aku. Kalau tak nanti senang la dia tahu kelemahan aku.

    "Tak ada apa-apa. Kenapa tuanku sikit serious je?" Dia duduk di kerusi di hadapanku dan memandang aku sambil tersenyum. Habis aku hilang fokus bila dia senyum bergitu, dah lah senyuman dia tu yang membuatkan aku jatuh cinta.

    "Kena serious, aku kan jaga beberapa state kat kingdom ni. Kalau aku buat salah nanti, habislah state tu." Dia hanya mengangguk faham.

    "Tapi tuanku, saya bosan la. Jom, kita pergi makan!" Ujar dia bahagia. Aku pandang dia dan dia terus tersenyum bila dia melihat aku memerhati dia. Aku tersenyum bila dia senyum kat aku.

    "Kerja kau memang makan je. Cuma la tolong aku, tolong aku kirakan berapa jumlah wang dah keluar bulan ni kan bagus. Ni makan sahaja." Dia memuncungkan bibir tanda protes dengan idea itu.

    "Tak nak! Saya mana reti buat semua tu."

    "Kalau macam tu, kau pergi la makan dulu. Aku kena siapkan dulu benda ni."

    "Tak nak!" Dia mengeleng kepalanya banyak kali sambil buat muka comel. Kadang-kadang aku sendiri pun tak tahu perangai dia yang mana satu, kadang-kadang dingin kalau tengok sekali pun dah seram. Kadang-kadang comel sampaikan aku yang heartless ni pun boleh cair.

    "Kalau macam tu, duduk situ dulu. Aku dah dekat nak siap dah ni." Aku pandang kerusi sofa yang berada disebelah kirinya. 

    "Boleh tapi saya nak kiss dulu." Aku terpana. Sejak bila pulak mamat ni perangai macam ni.

    "Tak boleh, pergi sana. Nanti-nanti baru aku bagi."

    "Ala, baiklah." Dia berdiri dan berjalan ke arah sofa itu. 

    Aku terleka dengan kerja aku dalam beberapa puluh minit, aku sibuk berfikir dengan apa yang patut aku lakukan untuk tolong perniagaan Mi Company. Aku mengeluh dan sandarkan badan aku ke kerusi. Baru la aku perasaan aku terlupa untuk makan tengah hari dengan dia. 

    "Xavier, jom makan." Tuturku tapi perbualan aku tidak disambut. Aku jalan ke arah sofa yang di duduki oleh kekasihku itu. Aku tersenyum, dia tertidur rupanya. Aku ingin mengecutkan dia tapi entah lah aku rasa aku ingin melihat wajahnya dahulu. 

    Aku duduk di atas lantai sambil badan menghadap dia yang tengah baring di atas sofa. Mukanya bersih tiada langsung jerawat,  bagilah tips. Aku bermain dengan rambutnya, lembut dan harum. Aku terbuai dengan haruman rambutnya sampaikan aku tidak sedar ada mata memerhati aku sambil tersenyum.

    "Tuanku, tuanku buat apa tu?" 

    "AHH!" Aku memegang jantungku yang berdegup kencang selepas terkejut tadi. Aku pandang dia tajam tapi dia kekal dengan senyumannya.

    "Tuanku, kenapa tuanku tak kejut saya?" Dia kemudian duduk sambil mengosok matanya. Aku tidak tahu kenapa aku tenggelam dalam suaranya. Aku tersenyum sendiri. Betullah apa orang kata, kalau kita sukakan seseorang itu dia punya keburukan pun akan jadi kesukaan kita. Masalahnya, apa keburukan dia ni, macam tak ada sahaja.

    "Mana ada, aku dah kejutkan kau tau. Kau tu je yang tak bangun. Dah la jom pergi makan." Aku berdiri sambil menarik tangannya agar dia bangun. Dia berdiri, aku tengok rambutnya yang agak serabai itu. Aku betul-betulkan sedikit, aku tahu dia terkesima sekejap dengan apa yang aku lakukan.

    "Baru la kacak. Jom." 

   "Jom!"

   Diana celikkan mata selepas jam loceng berdering. Mimpi yang indah disertai dengan memori yang memedihkan. Kenapa dia selalu memikirkan tentang dia? Lupakan sahaja dia Diana, dia sudah tiada dalam bumi ini. Baik dia move on dan cari orang lain yang lebih layak bersama dengannya. Diana berdiri dari baringannya dan terus merenggangkan otot. Dia mencapai tuala dan segera ke bilik air. Selepas siap membersihkan diri, dia mencari pakaian yang dia ingin pakai pada hari yang lain baginya. 

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now