bab 56

1.6K 191 22
                                    

    Diana hanya memandang pengetua Henry dengan mata tidak terkelip. Pengetua Henry faham dengan riak wajah itu. Diana ingat kembali semua memori lama dengan jelas, memori yang pernah membuatkan Diana tertanya-tanya selama ini. 

    "Tuanku okay ke?"

    "I'm fine. I have to go. Sorry. See you later." Diana berdiri dan berjalan dari situ.

    "Okay, bye!" Diana menghiraukan sahaja jeritan pengetua Henry itu. Dia perlu mencari tuan empunya badan.

    Kali terakhir dia nampak Rowan ialah di tasik buatan itu. Diana berlari dengan sepantas yang boleh untuk sampai ke sana. Banyak soalan yang berada dalam mindanya. 

    Bila Diana sudah sampai di tasik, dia melihat Rowan sudah berdiri ingin beredar dari situ.

    "ROWAN!" Jerit Diana. Rowan menoleh ke arah Diana dengan kerutan di dahi. Diana berlari sambil mengangkat kainnya. Kenapa la dia terfikir nak pakai kain hari ni? Menyusahkan betul.

    Bila Diana sudah berdiri di hadapan Rowan dia ambil nafas dulu. Penat woi, berlari sambil angkat kain dah berapa kali dia hampir terjatuh kerana terpijak kain.

    "Tuanku, okay ke tak ni? Duduk dulu." Diana duduk di atas tanah itu tanpa beralaskan kain. Rowan juga duduk di sebelah Diana, Rowan menghulurkan air mineral kepada Diana. Diana menolaknya.

    "Aku ada banyak soalan nak tanya kat kau sekarang ni."

    "Apa dia tuanku? Macam serious je." Diana memandang Rowan lama. Air mata sudah kembali bertakung. Diana berasa sangat sedih, manusia yang dia rindu selama ni hanya berdiri di depan dia sahaja. Dan sekarang Diana sudah faham, perasaan rindu dia terhadap Xavier selama ini ada maksud sebenarnya. Cuma selama ni Diana buta untuk nampak semua itu. 

    "Asal kau tak bagitahu aku?"

    "Bagitahu apa?"

    "Yang kau selama ni Xavier Canon?" Rowan terpaku sebentar mendengarnya. Dia menelan air liur tidak sangka Diana sudah tahu.

    "Tuanku, saya.."

    "Sampai hati kau kan buat aku macam ni. Selama ni aku ingat kau dah mati rupanya kau duduk depan aku je. Kau kejam. Hampir 8 tahun Rowan aku kena tipu. HAMPIR LAPAN TAHUN! Kau tahu tak sedih gila bila aku dapat tahu kau Xavier Canon dari orang lain bukan dari kau sendiri. You are so cruel." 

    Air mata itu sudah pun tumpah. Diana menanggung rindu yang teramat tanpa mengerti apa sebenarnya maksud rindu itu. 

    "Saya minta maaf, saya nak bagitau cuma saya nak cari masa yang sesuai."

   "Masa sesuai tu bila? Lagi 8 tahun, 10 tahun."

    "When I'm ready. Saya tahu kalau saya bagitau saya ni Xavier mesti tuanku benci saya. Lagipun kalau saya bagitau saya Xavier, saya letakkan harapan yang tinggi yang mungkin tuanku akan cinta saya balik. Tapi waktu itu tuanku jatuh cinta dengan orang lain. Jadi saya rasa lebih baik saya tak bagitau."

    Diana menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangan.

    "Buat apa aku nak benci kau. Aku pernah cerita kat kau kan yang kau ada tempat khas dalam hati aku. Aku sayang kau Xavier walaupun aku fikir kau dah mati. Aku sayang Xavier ataupun Rowan. Kenapa la kau fikir macam tu?"

    Rowan hanya memandang Diana yang agak serabut itu. Rowan tahu salahnya sebab tidak mahu bagitau awal tapi dia tak nak buat keputusan yang terburu-buru.

    "Rowan, apa pun yang terjadi aku tetap pilih kau. Kau jangan takut, aku tetap akan pilih kau walaupun kau berbeza." Diana pandang tempat lain selepas cakap perkara itu. Malu la pulak. Dah kenapa dia nak malu.

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now