bab 49

1.5K 171 11
                                    

    "Kau tak nak jumpa ibu kau ke, Leona?" Soal Diana. Leo memberitahu Lewis, Leona dan Diana yang ibu mereka ingin bersua muka dengan mereka tapi Leona tidak mahu ikut. Bila ditanya bagi sejuta alasan seperti boleh sahaja video call, banyak kerja la padahal tidak mahu jumpa dengan ibu sendiri.

    "Aku busy la. Lagi seminggu tiga hari sahaja peperangan tu." Leona serang Diana menggunakan pedangnya. Diana menepis pedang itu dengan tenang. Leona memang mahir dalam berpedang, dia jumpa mampu menumpaskan lima lawan seorang diri sahaja. Tapi Leona sedar sehebat dirinya, dia tidak sebagus Leo dan Diana. Leo memang sangat bagus tidak mampu diucapkan lagi.

    "Jumpa tu sekejap sahaja. Bukannya 24 jam." Diana kekal tepis segala serangan, tangan kirinya diletakkan dibelakang mengelakkan tangannya cedera. 

    "Masa tu berharga, aku kena berlatih setiap hari nanti aku lawan dengan orang badan besar macam mana. Mahu mampos aku." Kini Diana pula serang Leona. Salah satu cara Diana menang ialah kekal tenang. Dia perlu mengkosongkan mindanya dari segala masalah dan hanya fokuskan kepada perlawanan. 

    "Tak semestinya orang badan besar tu boleh menang. Pahlawan yang hebat bukan dinilai dari bentuk badan atau pun rupa tetapi dengan skill dan kelicikan dia berlawan." Diana baling pedangnya ke langit dan melompat ke arah Leona, Diana menangkap pedangnya dan ajukan pedang itu ke leher Leona. Teknik ini selalu membuatkan Diana menang. 

     "Wow, serajin mana pun aku berlatih aku tetap tak boleh kalahkan kau. Berapa banyak skill yang kau ada?" Diana mengalihkan pedang itu dari leher Leona dan campaknya ke tanah.

    "Apa kata kita lawan martial art? Kalau aku menang, kau kena jumpa ibu kau tapi kalau aku kalah aku akan bagi apa sahaja yang kau nak. Deal?" Leona tersenyum sinis kemudian mengangguk.

    "Okay, deal." Leona meletakkan pedangnya di tanah dan bersedia untuk bertempur. Diana yang kekal tenang dan wajah dingin itu hanya memandang sahaja. Leona memanaskan badannya manakala Diana duduk minum air. Leona dan Diana juga mahir dalam martial art, mungkin mereka akan berlawan sehinggalah salah satu daripada mereka mengaku kalah.

    Diana dan Leona sudah bersedia dan berlawan. Leona menghayunkan penumpuk tapi Diana mengelaknya dengan mudah. Mereka berlawan selama berjam-jam, Leona sudah tercunggap-cunggap sambil terduduk tapi Diana masih elok berdiri sambil menatap wajah Leona yang penat. Diana perasaan Leona terlalu banyak menggunakan tenaga seperti Leona perlu memenangi perlawanan itu.

    "Nak continue ke?"

    "Sekejap bagi aku ambil nafas dulu." Leona kembali berdiri dan kembali menyerang Diana. Tetapi Diana menyepak perut Leona membuatkan Leona memegang perutnya. Diana mengambil peluang itu untuk menumbuk di bahu Leona. Dan Leona jatuh terduduk buat kali kedua.

    "Nampaknya Leona kau cuba sedaya-upaya untuk menang. Kau bukannya tak ada masa nak jumpa ibu kau cuma kau takut, betul tak?" Diana memeluk tubuh dan duduk di atas kerusi, Leona pulak masih terduduk di atas tanah sambil terkedu dengan apa yang Diana cakapkan.

    "Aku tak takut cuma aku tak nak menangis lagi." Leona cuba berdiri dan duduk di sebelah Diana. 

    "Aku nak kau hadap realiti, Leona. Makin lama kau lari dari realiti, makin susah kau nak terima nanti." Diana meneguk air mineral itu dan berikan kepada Leona. Leona mengambilnya dan memandang sahaja botol mineral itu ditangannya.

    "Kau tak nak minum ke? Kalau tak nak bagi balik." Diana baru saja nak mengambil botol mineral itu, Leona terus meminumnya.

    "Aku nak hadap realiti, Diana tapi susah. Ia terlalu menyakitkan." 

    "Tahu, sebelum realiti membunuh kau lebih baik kau rasa sakit itu sekejap. Tak apa Leona aku akan teman kau jumpa ibu kau bukan setakat aku sahaja Lewis dan Leo juga sama." Leona memandang wajah Diana yang sedang senyum kepadanya. 

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now